Wednesday, December 29, 2010

Memori Sewaktu Menunggu Keputusan SPM (2)

Hai kawan-kawan. Bertemu kembali kita di dalam blog aku yang tidak sepertinya ini. Maaflah dah lama tak “update” blog ini. Maklumlah sibuk dengan kerja dan belajar sehingga terlupa nak menulis. Walau bagaimana pun aku mengharapkan agar kalian tidak jemu-jemu mengunjungi blog ini.

Pada 20 Disember yang lalu pelajar tingkatan lima baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM mereka. Aku dapat maklumat ini dari anak saudaraku yang juga telah menduduki peperiksaan tersebut tempoh hari. Sebut tentang Peperiksaan SPM, teringat aku tentang zaman remaja dahulu iaitu pengalaman sewaktu mengambil peperiksaan tersebut pada tahun 1992. Pada waktu peperiksaan tersebut bermula pada pertengahan oktober. Ini kerana sesi persekolahan pada waktu itu bermula pada bulan Disember. Aku bukan nak cerita tentang pengalaman mengambil peperiksaan tersebut. Tapi nak sambung cerita aku dahulu tentang memori sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM sebagaimana yang pernah aku paparkan dalam blog dalam penulisan yang terdahulu. Ada yang pahit dan ada yang manis.

Setelah aku kena tipu sehingga beg pakaian dan kad pengenalan aku hilang, aku meneruskan kehidupan seperti rutin biasa iaitu menjual tisu dan lain-lain barang yang mudah dibawa di Jalan Melayu Masjid India bersama-sama rakanku, K. Pendapatan agak lumayan jugalah lebih kurang RM 50 seorang. Selepas itu, aku dan K telah mengambil keputusan untuk menjual tishu secara sendirian taknak lagi berkongsi. Ini kerana kami berpendapat ini lebih menguntungkan. Bermula bulan Januari aku melakukan aktiviti tersebut bersendirian. Memang betul pendapatan lebih lumayan dan aku boleh dapat RM 70 hingga RM 100 sehari bergantung kepada keadaan. Tapi kebanyakan mereka yang bukanlah nak beli barang aku tapi lebih kepada bersedekah. Ah tak kisahlah yang penting aku boleh cari dan simpan duit dan tak menyusahkan keluarga aku. Barang perniagan seperti tisu, pen, minyak atar dan lain-lain aku perolehi dari Maidin. Pada masa tu Maidin taklah segah dan popular seperti sekarang. Premisnya pun tak besar mana. Tapi barang-barang boleh diperolehi secara borong dan murah..

Pada awal Januari 1993, aku dan K telah menyewa sebuah bilik di Wisma Datuk Dagang Kampung Baru dengan bayaran RM300 termasuk bil elektrik dan air. Oleh yang demikian, kami tidak lagi tidur di masjid. Sejak itu aku tidak lagi ke Masjid Kampung Baru. Aku semakin leka dengan aktiviti mencari wang dan langsung tidak menjejakkan kaki ke Masjid Kampung Baru. Pada bulan Ramadhan pun aku tidak langsung bersembahyang tarawih di masjid tersebut kerana leka mencari wang. Maklumlah pada bulan Ramadhan ni pendapatan lebih lumayan dari bulan-bulan lain. Aku pernah mendapat pendapatan RM 200 pada salah satu hari pada bulan tersebut. Kalau hari Sabtu pula, lepas maghrib aku sambung pula aktiviti penjualan di pasar Mlm Jln TAR sehingga pukul 10 malam. Pernah beberapa kali juga aku telah dihalau oleh pihak DBKL kerana menjual tisu di pasar malam tersebut. Dah kena halau aku baliklah. Mereka mengugut sekiranya aku tidak balik, aku akah ditangkap dan dibawa masuk ke dalam lori. Ah! Dari kena tangkap, aku mengalah sahajalah.

Pada perayaan aidil-fitri tahun tersebut, aku, K dan Z rakan sebilik aku seorang lagi telah mengambil keputusan tidak balik ke kampung untuk berhariraya. Kami nak rasa suasana berhariraya di Kuala Lumpur. Ini kerana aku belum ada pengalaman berhari raya aidil fitri di Kuala Lumpur. Z dah biasa. Cuma aku dan K sahaja yang belu ada pengalaman tersebutl. Pengalaman tu memang menarik dan tak akan aku lupakan sehingga sekarang.

Pada malam hari raya aidil fitri tersebut aku telah pergi ke Chauket dengan berjalan kaki merentasi Jalan Raja Alang untuk membeli-belah pakaian hariraya bersama K. Selepas pulang dari membeli-belah aku dan rakan-rakan mengemas bilik sehinggalah jam 4 pagi baru siap. Kami pun tidur dan berniat untuk bangun awal agar dapat bersembahyang subuh dan membuat persiapan untuk bersolat hariraya di masjid Kampung Baru. Alangkah malangnya apabila aku terjaga, jam sudah pukul 9,30 pagi. Aku terus mandi dan bersiap sedia untuk pergi bersolat hari raya. Tetapi malangnya apabila aku selesai menuruni tangga bangunan Wisma Datuk Dagang seorang penghuni lain menegurku dan mengajak aku bertandang ke rumahnya. Dia menyatakan sembahyang sunat hariraya telah pun selesai. Aku pun pergilah bertandang ke rumahnya bersama Z dan K. Kemudian aku, dan K telah pergi ke bangunan PWTC untuk menghadiri jamuan hariraya Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Encik Ghafar Baba dengan berjalan kaki. Sesampainya aku di sana, aku telah dilayan dengan baik oleh petugas di sana dan makan di tempat VIP yang disediakan. Selepas itu aku dan K telah pulang semula ke teratak kami di Wisma Datuk Dagang. Pada waktu petangnya pula, aku, K dan Z telah ke rumah Perdana Menteri pula iaitu Tun Mahathir pada waktu itu. Kami pergi dengan menaiki teksi. PM telah memberi RM 5 sebagai duit raya kepada kami. Apabila pulang kami terpaksa menapak agak jauh ke jalan besar untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke Kampung Baru. Pada waktu raya semua kedai makan tutup kecuali di Chauket sahaja yang buka. Pada waktu ini, kawasan Chauket dipenuhi oleh pendatang Indonesia. Nak taknak kami terpaksa menghadiri mana-mana jamuan hariraya untuk makan.

Pada hari raya kedua esoknya, kami telah pergi ke rumah rakanku di Taman Melewar Gombak. Disana kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang sedap. Kebetulan pula, isteri rakanku itu memang pandai masak. Aku kenal keluarga ini semasa aku bersekolah dahulu dimana beliau merupakan taukeh kantin sekolah rendah Jln Kuantan. Pada hari raya ketiga, Z mengajak aku dan K beraya di rumah seorang datuk iaitu Datuk Abu Hassan Omar di Jalan 9 Taman TAR Ampang. Kami pergi menaiki teksi. Sampai di rumah tersebut kami telah disambut dan diberikan makan. Tapi aku tak pasti sebenarnya betulkan itu rumah datuk yang dimaksudkan. Ini kerana rakanku tidak tahu alamat rumahnya yang tepat. Pemandu teksi memberhentikan di sebuah rumah yang tengah buat majlis hariraya. Kami pun masuk dan makan. Kami telah mendapat RM 5 sebagai duit raya. Kemudian tuan rumah tersebut telah memanggil teksi untuk kami pulang ke Kampung Baru. Ah! Tak kisahlah yang penting perut kenyang. Rumah siapa tu tak penting;.

Selepas hariraya, aku meneruskan aktiviti mencari wang seperti biasa. Kadang-kadang aku pernah bertemu beberapa orang guru dari sekolah SMK, tapi aku buat tebal muka sahajalah. Ada yang menegur dan bersembang denganku. Aku buat tak kisah sahaja. Kadang-kadang aku terserempak dengan rakan-rakan OKU cacat penglihatan yang lain sama ada yang telah aku kenali atau pun tidak. Di sinilah kami menjalinkan persahabatan.

Semasa aku menjual tishu, ada seorang kakak selalu menegurku dan sering belanja aku air, buah-buahan dan kuih. Namanya kak Ila. Umurnya 19 tahun iaitu dua tahun lebih tua dariku. Orang yang berniaga di sekitar Masjid India sering bertanya samada gadis tersebut kekasihku ke? Mereka kata cantik. Aku senyum sahaja. Tetapi aku tak minta nombor kontaknya menyebabkan kami tidak bertemu lagi selepas aku menyambung pelajaran di tingkatan 6. Beliau selalu berbual-bual denganku sewaktu dia lalu di kawasan tersebut. Pada ketika itu dia sedang belajar di sebuah kolej di Lebuh Ampang dalam jurusan perniagaan. Agaknya sekarang ini dia telah berkeluarga.

Pada suatu hari aku telah pergi ke Chauket untuk membeli barang keperluanku. Kebetulan aku berjalan seorang diri di kawasan Chauket. Tiba-tiba ada seorang lelaki menyapaku dan menawarkan pertolongan untuk membantuku. Aku sangat gembira dan amat berbesar hati menerima tawaran pertolongan tersebut. Tetapi yang hairannya, sewaktu dia memimpin tanganku, tangannya menggigil dan bau badannya seperti bau daun yang kena bakar. Tapi takpalah, yang penting aku ada insan yang sudi menolongku. Beliau telah membantu membawaku ke tempat dimana aku boleh mendapatkan barangan yang aku kehendaki. Banyak juga barang yang aku beli. Dia telah membantuku membawa barangan tersebut. Setelah selesai membeli-belah di Chauket, lelaki tersebut telah menahan sebuah teksi dan meletakkan semua barang yang telah ku beli di bahagian belakang teksi. Selepas aku mengucapkan terimakasih kepada lelaki tersebut. Sesampainya aku didestinasi,selepas aku membayar tambang teksi, aku mengambil barang yang telah dibeli di bahagian belakang teksi. Malangnya ada setengah barang yang telah aku beli telah hilang. Aku bertanya kepada pemandu teksi tersebut. Katanya, itu sahajalah barang yang telah diletakkan oleh lelaki tersebut. Maka tahulah aku bahawa lelaki tersebut telah mencuri sebahagian dari barang yang telah kubeli. Geram juga aku rasa tapi apa nak buat sudah ditentukan Allah bahawa aku akan ditipu sekali lagi oleh orang celik yang mengambil kesempatan diatas kebutaanku. Berlagak baik dan ingin membantu tetapi ada udang di sebalik batu. Aku menceritakan hal tersebut kepada rakanku K. Menurutnya, biasa orang yang melakukan tersebut golongan penagih dadah. K menyatakan orang itu mungkin penagih dadah kerana ada bau daun bakar pada badannya dan kebiasaan badannya juga akan mengigil. Mulai hari itu aku amat berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang menawarkan bantuan untuk menolongku. Aku akan memastikan semua begku atau baranganku dipegang sendiri tanpa menyerahkan kepada orang lain yang tidak dikenali. Bimbang pisang berbuah dua kali. Tapi dalam berhati-hati pun selepas itu aku kena tipu juga. Ah! Lain kalilah aku cerita hal tu. Aku nak habiskan topik ni dulu.

Dalam keputusan SPM yang telah diumumkan pada bulan Februari 1993, aku telah lulus dan melayakkan diriku masuk ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah St. John. Oleh yang demikian, aku trpaksa berhenti dari menjual tishu dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Untuk dua minggu yang pertama persekolahanku aku masih tinggal bersama rakanku di Kampung Baru. Pada masa yang sama aku berusaha memohon untuk menginap di asrama SMPK Setapak. Ini kerana pengetua pada masa itu tidak membenarkan pelajar tingkatan 6 tinggal di asrama tersebut. Pengetua tersebut telah membuat keputusan bahawa dia tidak membenarkan pelajar yang ingin memasuki tingkatan 6 tinggal di SMK. Sebelum itu seorang rakanku telah meminta kiizinan kepada pengetua tersebut tetapi ditolak mentah[-mentah oleh pengetua tersebut. Akibatnya dia tidak meneruskan pelajarannya di tingkatan 6 sedangkan dia mendapat keputusan yang cemerlang dan sangat berpotensi untuk maju lebih jauh ke hadapan. Mengetahui hal tersebut, aku telah membuat permohonan secara bertulis terus kepada pegawai bahagian pendidikan khas di Pusat Bandar Damansara iaitu Allahyarham Encik Bukhari. Alhamdulillah permohonanku telah dirterima. Setelah itu aku telah masuk semula ke asrama SMPK Setapak untuk meneruskan pengajian di tingkatan 6.

Itulah sahaja kisah aku bersama rakanku K yang mampu aku ceritakan kepada kalian. Bagi aku itu merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup. Aku dapat pengalaman merasai susah payah hidup di kota besar Kuala Lumpur. Bukan semua orang dapat merasai pengalaman ini. Secara realitinya, hidup di kota taklah seindah sebagaimana yang aku gambarkan semasa aku bersekolah dahulu. Disini kehidupan sebenar terlalu banyak dugaan dan rintangan yang mesti aku lalui. Pengalaman ini bukan aku seorang yang melaluinya. K lebih hebat cabarannya dari ku. Dia telah meneruskan hidup dengan menjalankan aktiviti tersebut sehinggalah sekarang. Sedangkan aku telah menyambung pengajianku sehingga sekarang. Namun, aku sering juga berhubung dengan K sehingga dan tidak lupa kepada rakan-rakan lain yang telah kukenali di situ. Pesanku kepada rakan-rakan yang OKU Penglihatan, berhati-hatilah dengan orang celik yang membantu kita. Tapi tidak semua oran celik begitu. Biasanya mereka yang suka menganiaya orang buta ni ialah mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Cuba kenali ciri-ciri mereka. Jangan terlalu mudah percaya orang yang tidak dikenali. Jangan benarkan orang yang tidak kita kenali membawa barangan kita. Takut nanti jadi macam aku.

Thursday, November 11, 2010

catatan pengalaman berhari raya

Catatan pengalaman berhari raya

Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi blog ini meski pun sudah sekian lama tiada pengisian baru iaitu sejak seminggu selepas hari raya Aidil Fitri yang lalu. Maklumlah terlalu sibuk dengan pengajian dan pelbagai tanggung-jawab sosial dan peribadi menyebabkan saya gagal menulis dalam blog saya sendiri. Sekali saya memohon maaf. Meski pun hari raya Aidil Fitri telah lama melabuhkan tirainya dan kini kita sedang menuju ke gerbang Aidil Adha tidak lama lagi, ingin saya kongsikan dengan sahabat sekalian tentang catatan pengalaman say berhariraya dari dahulu sehinggalah sekarang. Walau pun ia sudah melampaui waktu tersebut, saya amat berharap anda sudi membaca coretan ini.


Hari raya kali ini merupakan hari yang sungguh berbeza dan sangat berbanding hari raya yang pernah aku lalui sebelum ini. inilah kali pertama aku berhari raya bersama seorang insan yang bergelar isteri. Tentulah tidak sama dengan zaman bujang dahulu. Pada hari raya kali ini aku telah berhari raya di rumah isteriku pada hari raya pertama. Ini juga merupakan kali kedua aku berkunjung ke rumah isteriku. Alhamdulillah layanan keluarga mereka amat baik sekali kepadaku. Pada hari raya kedua barulah aku pulang ke rumahku di Kampung Gebeng. Pada mulanya aku agak kekok juga di rumah ibu mertuaku. Namun, akhirnya aku dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran di rumah tersebut. Aku dan isteri menghabiskan cuti hari raya di kampung selama 5 hari. Tetapi yang tak seronok tu aku tidak ada kenderaan sendiri. Jadi, tak banyak rumah saudara-mara sebelah isteriku yang dapat aku ziarahi kerana perjalanan ke rumah jauh dan memerlukan kenderaan sendiri untuk pergi ke sana. Nampaknya aku mesti mempunyai kenderaan sendiri apabila balik ke kampung bolehlah menziarahi saudara mara yang jauh.

Jika dibandingkan dengan sambutan hari raya sebelum ini, hari raya kali ini lebih menarik dan seronok kerana tidak keseorangan kerana ditemani oleh isteri. Pada hari raya kali inilah aku dapat peluang berkenalan dengan orang kampung dan saudara-mara isteriku yang berkunjung kerumah semasa hari raya ini.Tapi ramai juga yang aku tak sempat untuk berjumpa kerana aku telah pulang ke rumah keluargaku.

Setelah aku kembali ke Kuala Lumpur, satu jamuan hariraya telah diadakan di rumahku telah diadakan pada 3 Oktober 2010. Alhamdulillah ramai juga yang datang ke rumahku iaitu lebih kurang 100 orang yang terdiri dari rakan-rakanku, pelajar Sarjana muda Kaunseling tahun tiga, dan ahli Persatuan Mahasiswa istimewa Universiti Malaya, barisan kepimpinan PERTIS dan lain-lain. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis jamuan hari raya yang tidak sepertinya. Mohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam majlis tersebut. Memang penat sangat melayan para tetamu. tapi dengan ramainya para tetamu yang datang. Jam 9 malam barulah majlis itu ditamatkan. Para tetamu telah dihidangkan dengan juadah nasi kerabu yang telah ditempah dari jiran,laksa pinang dan nasi impit yang telah dimasak sendiri oleh isteriku.Majlis tersebut memang meriah dan sangat menyeronokkan. Meski pun penat melayan tetamu yang datang, tapi hati berasa puas kerana kedatangan tetamu yang begitu ramai.

Mengimbas kembali pengalamanku pada hari raya aidil fitri sewaktu bujang dahulu, pelbagai pengalaman pahit manis yang aku telah lalui. Pernah juga aku tidak pulang berhari raya di kampung. Tetapi aku berhari raya di Kuala Lumpur sahaja. Peristiwa tersebut berlaku sewaktu sedang menunggu keputusan SPM. Aku sengaja tidak mahu balik ke kampung semata-mata ingin merasai suasana berhari raya di Kuala Lumpur. Sewaktu berada di tingkatan tiga, aku juga tidak balik kampung untuk berhari raya. Sebaliknya aku dan dua orang rakan ku berhari raya di Johor Bahru di rumah besar guruku dan di Sekolah Princess Elizabeth. Sebenarnya aku sudah biasa tidak berhari raya di kampung kerana sewaktu aku belajar di sekolah rendah Princess Elizabeth dahulu, aku juga tidak dapat pulang berhari raya di kampung. Jadi, aku tak kisah kalau tak balik kampung sekali pun. Kadang-kadang aku pulang lewat ke kampung Misalnya hariraya kedua atau ketiga. Tapi berhari raya di Kuala Lumpur memang tidak begitu menarik kerana sukar untuk mendapatkan makanan kerana semua kedai tutup dan semua rakan-rakan pulang ke kampung.

Salah satu isu bila nak balik berhari raya di kampung ialah hendak mendapatkan tiket bas, keretapi atau kapal terbang. Aku suka balik berhari raya dengan menaiki kapal terbang kerana mudah mendapatkan tiket pada tarikh dekat nak raya berbanding dengan bas dan keretapi kerana tiketnya cepat habis. Aku ingat lagi peristiwa aku naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas tanpa tiket. Hal ini berlaku beberapa kali. Peristiwa tersebut berlaku semasa aku bersekolah menengah dahulu pada tahun 1987 hingga 1992. Pada waktu itu perkhidmatan keretapi tak secanggih sekarang. Siapa cepat dialah dapat duduk walau pun dah beli tiket. Dahlah tu pendingin hawa pun tak ada. Aku terpaksa orang yang check tiket sebelum masuk ke platform di Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Aku beritahu tukang chek tiket bahawa tiket ada pada kawanku yang telah pun masuk ke platform. Padahal aku langsung tak beli tiket kerana tiket telah habis. Aku tak dapat tempat duduk pada waktu dan terpaksa berdiri sahaja dari Kuala Lumpur hingga ke Kuala Krai barulah aku dapat duduk. Aku tumpang di birai kerusi tempat duduk. Ada juga penumpang yang berdiri duduk diatas surat khabar yang dibentang diatas lantai. Bila orang jaga tiket datang aku katakan kepadanya bahawa tiket aku ada pada rakanku yang berada di gerabak belakang. Akhirnya aku balik kelantan secara percuma sahajalah. Tapi seksa juga kerana tidak ada tempat duduk yang selesa.

Aku juga masih teringat satu peristiwa semasa aku hendak datang ke Kuala Lumpur selepas hari raya. Pada waktu tersebut dek kerana nak dapat tempat duduk, aku naik keretapi dari Tumpat. Apabila keretapi dari Kuala Lumpur sampai sahaja ke stesen keretapi Tumpat, aku terus menaikinya. Ramai juga penumpang yang berada dalam keretapi tersebut. Khabarnya mereka telah menaikinya dari Pasir Mas lagi semata-mata hendak ke Kuala Lumpur demi merebut tempat duduk. Tiba-tiba aku terdengar suara memberi arahan agar semua penumpang turun. Akhirnya semua penumpang terpaksa turun kecuali aku yang telah diberi pengecualian kerana OKU Penglihatan. Kemudian keretapi itu telah bergerak ke dalam satu lokasi dimana keretapi tersebut telah dibasuh dan dibersihkan. Keretapi tersebut telah disembur dengan air dari luar. Setelah selesai, keretapi itu bergerak semula ke platform dan para penumpang yang lain berpusu-pusu menaiki keretapi. Semua tempat duduk telah penuh sejak di stesen Tumpat lagi. Tapi aku sejak awal-awal lagi telah dapat tempat duduk. Sampai di stesen Wakaf Baru, Tiba-tiba aku teras ada orang memijak pehaku. Aku yang agak mengantuk telah tersedar dan terkejut. Rupa-rupanya ada beberapa orang penumpang telah naik melalui tingkap disebelah tempat dudukku. Bengang juga aku. Tapi bila mengenangkan semua orang nak balik KL, aku bersabar sahajalah dengan apa yang berlaku. Lagi pun aku dapat duduk syukurlah.

Suasana dalam keretapi pada waktu itu memang tidak selesa. Keadaan yang sesak dengan penumpang dan ada juga yang merokok memang tidak menyenangkan. Tambahan pula, pada waktu itu keretapi tidak ada penghawa dingin. Tingkap tidak boleh ditutup untuk membolehkan angin dan udara masuk. Jika ditutup, keadaan akan menjadi lebih tidak selesa. Sampai di Stesen keretapi gemas, barulah kesesakan dalam gerabak keretapi menjadi reda. Ini kerana setengah penumpang telah bertukar keretapi kerana meneruskan perjalanan ke Johor Baharu. Bagi yang ingin ke Kuala Lumpur sahaja yang terus berada dalam keretapi tersebut. Bagiku menaiki keretapi memang sangat membosankan. Tapi kerana terpaksa aku naik jugalah. Dah tak ada pilihan. Dulu kalau menggunakan keretapi untuk balik ke Kelantan memakan masa lebih kurang 20 jam. Tapi sekarang tidak lagi. Keretapi sekarang dah canggih. Ada pendingin hawa, tv, dan tak perlu berebut tempat duduk lagi macam dulu.

Pada hari raya aidil adha yang akan tiba tidak lama lagi, kalau tidak ada aral melintang dan dengan izin Allah aku dan isteri akan pulang ke kampung untuk berhari raya dengan menaiki kenderaan sendiri yang baru sahaja aku membelinya. Tapi kereta tersebut belum diperolehi lagi sewaktu aku menulis coritan ini. Tetapi dijangkakan pada hujung minggu ini aku akan memperolehi kereta tersebut. Oleh yang demikian, ini merupakan satu catatan pengalaman yang baru untuk diriku iaitu pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan sendiri setelah sekian lama menaiki kenderaan awam. Aku berharap agar kalian semua mendoakan keselamatan dan kebahagiaan untuk diriku dan keluarga. Selamat menyambut Aidil Adha tidak lama lagi.

Wednesday, September 22, 2010

Aku seorang Juru Urut

Selepas aku menamatkan pengajianku di Univrsiti Malaya pada tahun 1999, aku telah membuat keputusan bahawa aku akan bekerja sendiri.Walaupun pada masa itu aku berpeluang memohon masuk maktab perguruan. Namun aku lebih selesa bekerja sendiri kerana aku ingin menyambung semula pengajianku dalam bidang sarjana pula. Justeru, aku telah memilih untuk belajar mengurut refleksologi dari salah seorang rakanku yang sudah sekian lama menjadi juru urut dan sudah memiliki perniagaan sendiri. Jadi, mudahlah aku menyambung pengajianku tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Tambahan pula, pada masa itu, juru urut cacat penglihatan mendapat pendapatan yang lumayan. Lagi pun, aku merasakan pada masa itu sangat sukar untuk memperolehi pekerjaan kerana kegawatan ekonomi serta peluang pekerjaan untuk OKU amat terhad.

Selepas selesai belajar mengurut, aku telah bekerja di sebuah pusat rawatan mengurut di pusat membeli-belah Ampang Point. Kedai itu baru dibuka oleh rakan dan guruku yang mengajar aku mengurut. Pada mulanya aku berasa bosan juga bekerja di situ. Maklumlah kedai baru belum ramai pelanggan. Setiap hari aku berulang-alik dari Brickfields ke pusat rawatan tersebut dengan menaiki bas atau teksi bersama rakan-rakan yang lain.

Alhamdulillah, Allah itu maha kaya. Semakin hari, pusat rawatan tersebut semakin mendapat sambutan. Lama-kelamaan pelanggan pusat urut tersebut semakin ramai. Pada mulanya aku bimbang juga hendak mengurut pelanggan. Maklumlah aku baru pandai mengurut. Sudah tentulah tidak sama dengan orang yang dah berpengalaman dalam bidang urutan. Namun aku tetap yakin bahawa aku memiliki bakat mengurut dan berupaya memberikan yang terbaik untuk pelangganku. Perjuangan mesti diteruskan. Aku tidak jemu-jemu menuntut ilmu mengurut dari rakan—rakan dan orang yang sudah berpengalaman demi menambah ilmu.Berdebar-debar juga aku napabila kali pertama aku diberi pelanggan oleh “bos”. Aku masih ingat lagi bahawa pelanggan pertama yang aku urut ialah orang Jepun. Nasib baiklah dia berpuas hati dengan perkhidmatan yang aku berikan. Betapa seronoknya aku pada saat itu. Hati rasa puas kerana dapat berbakti kepada orang lain. Bukan itu sahaja, aku juga telah dibayar komisen atas pekerjaanku. Dapat upah siapa tak seronok. Wang yang aku perolehi dari hasil mengurut sebahagiannya aku simpan untuk menyambung pengajianku dan sebahagian lagi aku belanja untuk keperluanku. Hidup di kota penuh cabaran. Kos sara hidup tinggi. Oleh itu kenalah pandai berbelanja dan berjimat-cermat.

Semakin lama aku semakin cekap mengurut dan mendapat pelanggan yang lebih ramai dari bulan ke bulan. Pendapatan pun semakin meningkat. Kadang-kala ada pelangganku memberikan “tip” iaitu upah tambahan kepadaku sebagai tanda mereka menghargaiku. Aku masih ingat lagi ada seorang pelanggan telah memberikan aku “tips” RM 100. Aku sangat terkejut. Tapi dalam hati sangat seronok sekali. Untuk pengetahuan para pembaca, aku hanya memperolehi komisen sebanyak 50 % dari setiap pelanggan yang aku urut. Lebih banyak pelanggan yang aku urut sehari, maka lebih banyak komisen yang aku perolehi. Jadi, pendapatanku tidak enentu, ia bergantung kepada bilangan pelanggan yang diurut setiap hari. Kadang-kadang ada kalanya aku pulang dengan tangan kosong kerana tiada pelanggan pada hari tersebut.Sesekali terasa juga kekecewaan dan kesedihan dengan keadaan ini. Tapi tetap bersabar dan sentiasa berdoa agar aku sentiasa memperolehi pendapatan setiap hari.

Untuk pengetahuan para pembaca, operasi pusat rawatan refleksologi tempat aku bekerja beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam dan sentiasa dibuka setiap hari dari Isnin hingga hari Ahad. Namun, juru urut dibenarkan bercuti sekurang-kurangnya sehari seminggu. Kalau tak nak cuti pun tak apa. Tapi aku jarang cuti hari Sabtu dan Ahad kerana pada hari tersebutlah ramai pelanggan yang datang untuk mengurut. Kalau aku cuti pada hari berkenaan rugilah aku. Begitulah rutinku setiap hari berulang-alik dari Brickfields ke pusat membeli-belah Ampang Poingtuntuk berkerja selama setahun sebelumku menyambung pengajianku dalam bidang Sarjana Kaunseling di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Sebenarnya pusat rawatan refleksologi tersebut telah dibuka oleh tiga orang rakanku yang OKU Penglihatan termasuklah guru yang mengajarku urutan refleksologi iaitu Encik Syoker Bin Sa’ban.Tapi perkongsian tersebut tidak bertahan lama apabila salah seorang dari rakan kongsinya telah mengundurkan diri akibat perselisihan faham. Jadi tingglah dua orang sahaja rakan kongsi yang meneruskan perniagaan tersebut. Tapi akhirnya dua rakan kongsi tersebut telah bersetuju mengajak akudan seorang rakanku yang juga bekerja di pusat rawatsan tersebut untuk berkongsi dalam peniagaan tersebut. Kini rakan perkongsian tersebut sudah menjadi empat orang. Selepas kami telah membuka sattu cawangan pusat rawatan refleksologi di Kelab Century Paradise di Taman Melawati. Tetapi ia tidak bertahan lama kerana terpaksa ditutup atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya modal untuk membuka pusatan rawatan refleksologi tersebut telah disumbangkan oleh seorang wanita Arab dari Dubai Ameriyah Arab Bersatuyang baik hati dan beliau sendiri telah mendapat manfaat dari rawatan tersebut. Namun usia perkongsian kami empat orang juga tidak panjang apabila 3 orang rakan kongsi telah menarik diri atas sebab peribadi. Tinggallah aku seorang sahaja pada waktu itu. Namun selepas itu, aku telah menambahkan seorang lagi rakan kongsi iaitu seorang rakanku yang juga bekerja di pusat rawatan tersebut.

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Begitulah ujian yang diberikan Allah kepadaku. Pusat rawatan refleksologi tersebut terpaksa ditutup kerana masalah kewangan pada penghujung 2003. Selepas setahun aku bekerja sebagai juru urut dan menguruskan perniagaan pusat rawatan tersebut, aku telah menyambung pengajianku semula menyebabkan aku hanya boleh datang ke pusat rawatan tersebut pada hujung minggu atau cuti pengajian sahaja. Keadaan ini menyebabkan aku menyerahkan segala urusan pusat ini kepada rakan kongsiku yang seorang lagi. Pada mulanya beliau menguruskan pusat rawatan tersebut dengan baik selama dus tahun. Tetapi pada pertengahan 2003, aku terkejut apabila pihak pengurusan Ampang Point memberitahuku bahawa pusat rawatan tersebut sudah enam bulan tidak membayar sewa premis dan kami diberi tempoh selama 3 bulan untuk membayar sewa tersebut. Untuk pentetahuan para pembaca, sewa premis ketika itu ialah RM 2600 sebulan. Dan kami terpaksa mencari RM 15600 untuk membayar keseluruhan sewa yang tertunggak. Tapi malangnya kami gagal berbuat demikian menyebabkan pada penghujung tahun 2003 pusat rawatan refleksologi terpaksa ditutup. Sebanarnya aku telah meminta penjelasan rakan kongsiku tentang tentang hal tersebut tetapi dia menyatakan bahawa semua duit hasil keuntungan mengurut telah hilang. Aku merasa kecewa dengan jawapan tersebut. Mahu sahaja aku mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya. Tetapi bila mengenangkan bahawa beliau juga rakan senasib aku tidak jadi berbuat demikian. Biarlah Allah yang membalas perbuatannya itu. Masalah ini terjadi mungkin juga berpunca dari kesilapanku yang terlalu mempercayai orang lain dan lalai dalam menguruskan pusat rawatan tersebut terutama dalam hal kewangan. Dengan penutupan pusat rawatan tersebut bermakna aku telah kehilangan sumber pendapatan sedangkan dari hasil mengurut tersebutlah aku membiayai kos pengajianku di Univirsiti Malaya kerana aku tidak memperolehi biasiswa. Tapi apakan daya itulah ujian yang telah disuratkan kepadaku oleh Allah kepadaku. Aku redha dan menerima ujian tersebut tanpa putus asa. Pengajianku tetap diteruskan meski pun aku kehilangan sumber pendapatan dari mengurut. Aku meneruskan usaha mencari wang dengan pelbagai cara untuk menampung perbelanjaan pengajian.Nasib baik jugalah aku masih ada sedikit simpanan dapatlah digunakan untuk membiayai baki perbelanjaan pengajiandisamping memperolehinya dari sumber lain

Meski pun pusat rawatan sudah ditutup, aku masih lagi mempunyai kontek dengan beberapa orang pelangganku. Aku masih meneruskan aktiviti mengurut tetapi dengan kaedah “house call” iaitu aku mengurut dengan pergi ke rumah pelanggan yang membuat temujanji denganku. Aku juga menyertai “road show” yang dibuat oleh rakan-rakan dan pusat rawatan yang lain. Apa yang lebih mengecewakanku dengan penutupa pusat rawatan tersebut ialah hilangnya kepercayaan wanita arab kepadaku dan rakan kongsiku kerana telah gagal menguruskan pusat rawatan tersebut dengan baik. Nasib baiklah dia tidak meminta aku membayar balik modal yang telah disumbangkan itu. Jika tidak, sudah tentulah ia akan lebih membebankanku.

Walau bagaimana pun, aku berasa seronok menjadi juru urut meski pun ia satu pekerjaan yang memenatkan kerana kita memerah tenaga untuk mengurut pelanggan dengan pelbagai kerenah dan bentuk badan. Banyak kenangan yang manis, dan yang aku alami sepanjang menceburi bidang ini. Aku dapat berkenalan dengan pelanggan dari pelbagai bangsa dari pelbagai negara termasuklah arab, Korea, Jepun, dan lain-lain. Aku menggunakan bahasa Ingris untuk berkomunikasi dengan mereka. Dengan itu, aku dapat meningkatkan diri dalam penguasaan Bahasa Inggris. Aku juga kadang kala mendapat pelanggan dari pelbagai golongan iaitu “gay” dan “maknyah”yang datan mengurut denganku. Oleh itu, aku berpeluan berbual dengan mereka dan mendapat maklumat berkenaan dengan diri mereka. Kebanyakan pelanggan yang datang mengurut ialah mereka yang berpendapatan tinggi iaitu golongan kaya dan kelas pertengahan sama ada mereka mempunuyai perniagaan sendiri dan menyandang hawatan yang tinggi di tempat kerja mereka. Jarang mereka yang berpendapatan rendah yang datan mengurut ke pusat rawatan mengurut. Jadi aku banyak menimba ilmu dan pengalaman mereka berkaitan perniagaan dan bagaimana memperolehi kejayaan yang dikecapi.

Selain dari memperolehi “tips” sebagaimana yang telah aku nyatakan, ada juga pelanggan yang datang mengurut ini belanja makan, menghadiahkan ku dengan pelbagai barangan seperti pakaian, makanan dan lain-lain. Situasi ini menyebabkan aku rasa dihargai oleh pelanggan-pelangganku. Aku juga serring ditemuramah oleh beberapa majalah dan suratkhabar tentang penceburanku dalam bidang mengurut misalnya majalah Jelita, kembara Berita harian dan lain-lain. Ada juga antara pelangganku yang menjadi rakanku. Jadi inilah manfaat besar yang aku perolehi setelah berkecimpung menjadi juru urut. Sehingga kini aku masih menjalankan aktiviti mengurut kepada sewsiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan ini. Harapanku agar suatu hari nanti aku dapat membuka sebuah pusat rawatan perubatan alternatif dengan modalku sendiri dan ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakan senasib yang OKU Penglihatan.

Paling melucukan apabila aku berhadapan dengan pelanggan dari golongan “gay”. Ini kerana apabilap-aku sedang mengurut mereka, tangan mereka juga merayap-rayap meraba badanku. Tapi aku buat tak tahu sahaja dan menepis tangan mereka. Aku tidak menengking atau memarahiku. Sebaliknya aku menyatakan dengan baik aku tidak suka dengan perbuatan mereka. Ada juga diantara mereka memujukku menyertai kelabb “gay” dan dia sanggup membawa aku ke kelab tersebut untuk diperkenalkan dengan ahli kelab tersebut. Bnamun begitu aku enggan. Golongan “maknyah” pula suka bersembang dan bercerita tetapi tidaklah menganggu sebagaimana golongan “gay”.

Pada suatu hari pusat rawatanku telah dikunjungi oleh seorang pelanggan wanita. Kebertulan dia hendak mengurut refleksologi dan giliranku untuk mengurutnya. Sambil mengurut aku bersembang dengannya. Beliau menyatakan bahawa namanya Nurul. Memang suaranya lembut seperti seorang wanita. Dia menceritakan bahawa dia dulunya seorang lelaki tetapi telah menukar jantinanya sebagai seorang wanita. Dulunya namanya Syukur. Dia telah membuat pembedahan bauah dada dan kemaluan di sSingapura untuk menukar jantina. Aku terkejut dengan pengakuannya. Aku tidak menyangka bahawa dia dahulunya seorang lelaki kerana suaranya itu benar-benar suara seorang wanita. Aku teruja mendengar cerita tersebut. Maklumlah ini kali pertama sepanjang hidupku bertemu dengan orang yang menukar jantina. wPelbagai soalan aku ajukan kepadanya kerana ingin tahu tentang kehidupan yang dilaluinya. Dia juga tidak keberatan berkongsi pengalaman kehidupannya.

Itulah serba sedikit kisah kehidupan menjadi seorang juru urut refleksologi. Pengalaman yang berharga ini sukar diperolehi di mana-mana pun. Pengalaman inilah telah mematangkan diriku dan menjadikan aku seoprang yang berdikari, tabah dan verstyle. Sebenarnya aku amat beruntung kerana dianugerahkan oleh Allah dengan kemahiran mengurut ini kerana selain dapat berbakti kepada orang lain melalui rawatan dan perkhidmatan yang diberikan, aku juga dapat mengajarkan ilmu ini kepada orang lain. Mudah-mudahan apa yang aku lakuikan ini mendapat berkat dan manfaat yang baik kepada orang lain.

Thursday, September 2, 2010

Penghargaan buat PERMIUM

Penghargaan buat PERMIUM.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah serta jutaan terima kasih kepada warga PERMIUM amnya dan ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Saudara Norbaidillah kerana telah menganjurkan beberapa program dengan jayanya.

Program Road tour reader kali kedua yang diadakan pada bulan Julai yang lalu telah menghasilkan kejayaan yang cemerlang apabila ramai mahasiswa celik telah menjadi pembaca sukarela kepada mahasiswa OKU Penglihatan di Universiti Malaya. Oleh yang demikian, masalah mendapatkan pembaca sukarela yang selama ini dihadapi oleh mahasiswa OKU Penglihatan dapat diatasi. Saya sendiri telah mendapat manfaat dari program tersebut dimana saya berjaya mendapatkan lebih dari 30 orang pembaca sukarela untuk semester ini. Mudah-mudahan PERMIUM dapat meneruskan kecemerlangannya pada masa akan datang.

Minggu Promosi Badan Pelajar yang diadakan pada bulan julai yang lalu juga telah berjaya menambahkan bilangan mahasiswa yang menjadi pembaca sukarela dan juga sukarelawan PERMIUM. Ini menunjukkan bahawa Mahasiswa yang tidak OKU semakin sedar tentang peranan mereka membantu dan mendekati Mahasiswa OKU di Universiti Malaya.

Program Mawaris yang diadakan pada 4 Ogos yang lalu juga menampakkan bahawa PERMIUM semakin menonjol dan kehadiran mahasiswa OKU semakin disedari dan terserlah. Mahasiswa OKU juga mempunyai peranan yang besar dalam meningkatkan martabat mahasiswa secara keseluruhannya. Jadi, dengan adanya program seumpama ini ia akan menonjolkan bakat kepimpinan mahasiswa OKU di mata masyarakat kampus sambil kita dapat berinteraksi dan berintegrasi dengan masyarakat atau mahasiswa yang tidak OKU.

Friday, August 20, 2010

Malam Warga Istimewa 2010



Pada 4 Ogos 2010 aku dan isteri tersayang telah menghadiri Majlis Malam Warga Istimewa yang diadakan di Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya anjuran Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya( PERMIUM). Program ini bermula jam 9 malam yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Azraie Haji Idris iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaya. Program tersebut juga telah diserikan dengan kehadiran mahasiswa OKU dari Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia.Program itu juga telah dihadiri oleh ramai rakan mahasiswa Universiti Malaya yang tidak OKU. Paling mengharukan saya ialah kehadiran Datuk TNC HEP sehingga ke akhir program menunjukkan beliau amat berkomitmen dalam membantu dan menyokong mahasiswa OKU di Universiti Malaya sejak dahulu lagi iaitu ketika beliau menjadi pengetua kolej Za’ba pada tahun 1995.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan yang tidak terhingga kepada warga PERMIUM dan para sukarelawan kerana telah berjaya menganjurkan sebuah program yang sangat hebat dan menarik.Tahniah kepada pengarah program Saudari Atika Dalil, Saudara Norbaidillah, Presiden PERMIUM dan semua AJK serta sukarelawan PERMIUM yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Mudah-mudahan usaha kalian untuk memasyarakatkan PERMIUM khasnya membuahkan hasil yang sangat positif kini dan masa akan datang.
Pengisian program juga amat menarik iaitu forum tiga serangkaiyang melibatkan:
1. Dr. Wong Huey Siew (pensyarah OKU Penglihatan)dari Universiti Terbuka Malaysia.
2. Puan Hamidah Hassan (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat OKU Fizikal).
3. Norli Anida (sukarelawan yang pernah menjadi pembaca sukarela dari Universi Malaya).
Ia dapat memberikan pendedahan dan kesedaran kepada mahasiswa OKU dan tidak OKU tentang realiti kehidupan kampus dan alam kerjaya yang sedang dan bakal dihadapi oleh mereka. Ia juga dapat memotivasikan golongan ini untuk menjadi lebih tabah, gigih, berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Saya juga telah diberi kesempatan untuk mendeklamasikan sebuah puisi nukilan saya sendiri iaitu “puisi untuk sahabat” yang telah dipaparkan dalam blog ini beberapa bulan yang lalu. Begitu nyanyian dari Saudara Faiq yang sungguh merdu juga menggambarkan Mahasiswa OKU memiliki bakat seni yang tinggi. Tayangan vedio tentang perit jerih kehidupan mahasiswa OKU di UM juga dapat menyedarkan, memotivasikan dan menginsafkan mahasiswa yang tidak OKU.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selain dari memberi kesedaran dan memasyrakatkan PERMIUM kepada mahasiswa OKU yang tidak OKU, ia juga dapat memberi peluang kepada Mahasiswa OKU melatih diri dalam aspek kemahiran sosial dan berorganisasi yang dapat dimanfaatkan sewaktu memohon pekerjaan nanti.

Seingat saya program seumpama ini telah beberapa kali diadakan oleh PERMIUM sejak penubuhannya lagi. Pada tahun 20011, program yang sama telah diadakan yang mana saya sendiri menjadi pengarah program yang dipanggil “seminar bersama mahasiswa istimewa”sempena pesta konvokesyen di auditorium yang sama. Program tersebut telah diadakan selama dua hari di mana pengisiannya adalah terdiri dari:
1. Pameran dari pelbagai NGO OKU.
2. Pertandingan seperti melukis dan membaca Braille.
3. Seminar dan forum dari badan kerjaan dan NGO tentang isu yang berkaitan OKU secara keseluruhan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr Hashim Yaacob iaitu Mantan Naib Canselor UM pada masa itu. Seminar tersebut telah juga dihadiri oleh NGO OKU di sekitar Kuala Lumpur. Namun begitu, sambutan dari mahasiswa UM sendiri agak hambar.

Begitu juga pada tahun 2005 program Hawaris telah diadakan yang mana saya berkesempatan menghadiri majlis perasmiannya sahaja kerana agak sibuk dengan urusan yang lain. Justeru, penganjuran Mawaris baru-baru ini adalah amat efektif sekali kerana ia telah dihadiri oleh ramai mahasiswa OKU yang tidak cacat membolehkan mesej sampai kepada golongan sasaran. Oleh yang demikian, sayugia saya mencadangkan bahawa program seperti ini dijadikan program wajib PERMIUM pada setiap tahun.

Monday, August 16, 2010

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA
TAHUN 1431H I 2010M BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
RAMADHAN 1431H
OGOS & SEPTEMBER 2010M WAKTU WAKTU
HARl HIJRIAH MILADIAH
IMSAK BERBUKA
Rabu * 1 Ramadhan * 11 Ogos 5.43 pg 7.28 mlm
Khamis
2 12 5.43 pg 7.28 mlm
Jumaat 3 13 5.43 pg 7.27 mlm
Sabtu 4 14 5.43 pg 7.27 mlm
Ahad 5 15 5.43 pg 7.27 mlm
Isnin 6 16 5.43 pg 7.26 mlm
Selasa 7 17 5.43 pg 7.26 mlm
Rabu 8 18 5.43 pg 7.26 mlm
Khamis
9 19 5.43 pg 7.25 mlm
Jumaat 10 20 5.43 pg 7.25 mlm
Sabtu 11 21 5.43 pg 7.25 mlm
Ahad 12 22 5.43 pg 7.24 mlm
Isnin 13 23 5.43 pg 7.24 mlm
Selasa 14 24 5.42 pg 7.24 mlm
Rabu 15 25 5.42 pg 7.23 mlm
Khamis
16 26 5.42 pg 7.23 mlm
Jumaat 17 27 5.42 pg 7.23 mlm
Sabtu 18 28 5.42 pg 7.22 mlm
Ahad 19 29 5.42 pg 7.22 mlm
Isnin 20 30 5.42 pg 7.21 mlm
Selasa 21 31 5.42 pg 7.21 mlm
Rabu 22 1 September 5.42 pg 7.21 mlm
Khamis
23 2 5.42 pg 7.20 mlm
Jumaat 24 3 5.41 pg 7.20 mlm
Sabtu 25 4 5.41 pg 7.19 mlm
Ahad 26 5 5.41 pg 7.19 mlm
Isnin 27 6 5.41 pg 7.18 mlm
Selasa 28 7 5.41 pg 7.18 mlm
Rabu ** 29 ** 8 5.41 pg 7.18 mlm
Khamis
30 9 5.40 pg 7.17 mlm
* Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
** Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Wednesday, August 11, 2010

Pertemuan antara Mahasiswa OKU Dengan Menteri Pengajian Tinggi Di Kolej Kediaman Ketujuh Universiti Malaya.

Pertemuan antara Mahasiswa OKU Dengan Menteri Pengajian Tinggi Di Kolej Kediaman Ketujuh Universiti Malaya.

Pada 8 Julai 2010, Menteri Pengajian Tinggi Datok SERi Mohamad Khalid Nordin telah berkunjung Ke Kolej Kediaman Ketujuh dan bertemu dengan Mahasiswa OKU. Pertemuan itu berlangsung selama sejam sahaja iaitu jam 12.00 hingga 1.00 tengahari sempena lawatannya ke Universiti Malaya kerana kemasukan pelajar baru. Saya telah menghadiri majlis tersebut pada hari berkenaan.

Sebenarnya Majlis menyambut kehadiran Datok Seri Khalid Nordin bermula jam 11.00 lagi. Sebelum kedatangan beliau, majlis telah dimulakan dengan suai kenal antara mahasiswa OKU yang lama dan baru, penyelia kolej dan pengetua. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh pengetua kolej kediaman Za’ba sendiri. Selepas sesi suai kenal, sesi diskusi antara pengetua dan mahasiswa OKU telah diadakan. Dalam sesi ini Mahasiswa OKU boleh mengemukakan apa jua saranan dan cadangan yang berkaitan dengan Hal-ehwal Mahasiswa OKU untuk diajukan kepada YB menteri pengajian tinggi dalam ucapan pengetua nanti. Lebih kurang jam 12,00 tengahari, YB Datok Seri Khalid Nordin yang diiringi oleh Naib Canselor iaitu Datok Gaus Jasmon), Timbalan Naib Canselor Hah-ehwal dan Alumni UM (Datok Azrai Hj Idris) dan lain-lain tetamu kehormat telah tiba di Bilik Seri Jati (bilik yang dikhususkan kepada mahasiswa OKU untuk belajar dan menjalankan aktiviti). Satu taklimat telah diberikan oleh pengetua Kolej kediaman Za’ba tentang perkembangan dan kemudahan yang disediakan oleh kolej terhadap mahasiswa OKU dan cadangan yang telah dikemukan oleh mahasiswa OKU kepada YB Menteri. Dalam ucapan YB Menteri, isu yang dikemukakan ialah berkaitan dengan elaun mahasiswa OKU di IPT. Beliau menyatakan bahawa elaun tersebut kekal RM 300 sebulan. Tetapi sebagai tambahannya Pihak kementerian akan membayar yuran pengajian dengan peruntukkan maksimum RM 5000 setahun.

Hasil dari sesi diskusi tersebut di bawah ini adalah merupakan cadangan Mahasiswa OKU kepada kementerian Pengajian Tinggi demi meningkatkan kebajikan dan pendidikan mahasiswa OKU di seluruh institut pengajian tinggi.

Percambahan idea untuk menambahbaikkan kualiti mahasiswa-mahasiswi OKU di IPT.
Dalam sesi percambahan idea beberapa idea yang bernas telah dihasilkan. Idea-idea berkenaan adalah seperti berikut:

i) Biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke IPT.
ii) Dasar (1) % pekerja OKU disektor awam terutamanya dibidang akademik IPT.
iii) Penubuhan Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa OKU di Kementerian Pengajian Tinggi.
iv)Mengkaji semula pemberian elaun Mahasiswa di peringkat IPT.

Dalam jangka masa yang singkat, hanya beberapa OKU sempat mengeluarkan idea dan cadangan yang akan dikemukan kepada Menteri Pengajian Tinggi, semasa beliau melawat kolej kediaman Za’ba.

Menghalusi idea yang dijanakan

i) Biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke IPT.
-Memudahkan dan menambahkan peluang Mahasiswa OKU mendapat biasiswa JPA dalam negeri semasa melanjutkan pengajian di peringkat IPT.
-Mempermudahkan dan mepertingkatkan peluang mahasiswa dan mahasiswi mendapat hadiah latihan persekutuan untuk membolehkan mahasiswa-mahasiswi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana lanjutan.
-Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu membantu dan meningkatkan peluang mahasiswa-mahasiswi OKU untuk mendapatkan Biasiswa JPA Tempatan di peringkat sarjana muda IPT tempatan.

ii) Dasar (1)% pekerja OKU di sektor awam terutamanya di bidang akademik IPT .
-Kementerian pengajian tinggi perlu memberi pertimbangan dan peluang yang saksama dalam urusan pelantikan kakitangan akademik OKU di peringkat IPT Malaysia.
-Mahasiswa-mahasiswi OKU yang mencapai tahap akademik yang telah ditetapkan oleh kementerian pengajian tinggi wajarlah diserap menjadi kakitangan akademik tetap di IPT.
-Mahasiswa-mahasiswi OKU yang berpotensi mencapai tahap akademik sarjana lanjutan ke atas wajarlah kementerian pengajian tinggi mempertimbangkan pemberian biasiswa seperti Hadiah Latihan Persekutuan dalam usaha merialisasikan 1% pekerja sektor awam terdiri daripada OKU seperti yang dinyatakan dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2008.

iii) Penubuhan Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa OKU di Kementerian Pengajian Tinggi.
-Unit Percetakan Braille untuk menyediakan bahan, jurnal dan laporan yang diperlukan oleh mahasiswa-mahasiswi OKU masing-masing dalam usaha meningkatkan mutu dan kualiti akademik mereka.
-Unit Pemantauan dan Penyelaras Persatuan pelajar OKU di IPT perlu ditubuhkan dalam usaha memastikan IPT yang mempunyai mahasiswa-mahasiswi OKU mempunyai peluang menimba pengalaman berorganisasi.
-Unit Penyediaan dan Pemantauan Kualiti Infrastruktur OKU perlu ditubuhkan dalam usaha mewujudkan dan memastikan kualiti kemudahan infrastruktur mahasiswa-mahasiswi OKU IPT terjamin di seluruh IPT.
-Unit Pembangunan dan Persediaan Kerjaya Mahasiswa-Mahasiswi OKU perlu ditubuhkan untuk merancang, membangunkan dan melaksanakan program-program dalam usaha memastikan mahasiswa-mahasiswi OKU memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian.
-Unit Penyelidikan dan Pembangunan OKU. Unit ini diberi tanggungjawab untuk menyediakan geran penyelidikan berkenaan dengan OKU. Unit ini juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti kajian dan pembangunan OKU Malaysia.
-Unit Kebajikan Mahasiswa-Mahasiswi OKU perlu ditubuhkan dalam usaha memastikan pihak pentadbir IPT membela dan menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi OKU di institusi mereka.

iv) Mengkaji semula pemberian elaun Mahasiswa di peringkat IPT.
-Sistem pemberian elaun mahasiswa-mahasiswi OKU di IPT perlu dikaji semula selaras dengan peningkatan taraf hidup di Malaysia.
-Pada masa kini kadar pemberian elaun mahasiswa-mahasiswi OKU adalah sama tanpa mengambil kira peringkat pengajian di IPT.
-Kementerian Pengajian Tinggi perlu melaksanakan pemberian elaun mahasiswa-mahasiswi OKU mengikut peringkat pengajian masing-masing.
-Hal demikian disebabkan di peringkat pengajian yang berbeza, perbelanjaan untuk keperluan pengajian adalah jauh berbeza.



Percambahan idea dan cadangan diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada seluruh mahasiswa OKU di seluruh IPTA dan IPTS. Namun begitu, susulan perlulah dibuat oleh pihak yang bertanggung-jawab agar segala cadangan yang dikemukakan dapat dijalankan semampu yang boleh.

Friday, August 6, 2010

Dialog tentang Isu pekerjaan Di Kalangan OKU Penglihatan Anjuran MAB.

Pada 3 Julai yang lalu, saya telah berkesempatan menghadiri satu dialog tentang isu pekerjaan golongan OKU Penglihatan anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Block Pentadbiran persatuan tersebut. Dialog tersebut bermula jam 9 pagi dan berakhir dalam jam 12,30 tengahari. Namun begitu, saya sampai agak terlewat sedikit lantaran ada urusan lain di pejabat Yayasan selangor pada jam 8,30 pagi.

Fokus dialog ini ialah isu peluang pekerjaan golongan OKU Penglihatan khasnya di sektor awam iaitu yang berkaitan dengan dasar 1 % peluang pekerjaan kepada OKU di setiap jabatan kerjaan. Antara gensi kerjaan yang hadir selain dari wakil dari MAB dan beberapa orang OKU Penglihatan termasuk saya ialah:

1. Wakil dariSuruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
2. Wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
3. Wakil dari Bahagian OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat )JKM).
4. Wakil dari Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Sewaktu saya sampai, taklimat sedang disampaikan oleh Wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam tentang dasar 1% peluang pekerjaan terhadap OKU di jabatan kerjaan. Penganjuran dialog amat baik kerana ia dapat memperjelaskan tentang beberapa isu tentang peluang pekerjaan OKU Penglihatan khususnya. Antara isu yang dapat saya rumuskan dalam perbincangan tersebut ialah:

1. Calon OKU penglihatan yang memohon pekerjaan tidak perlu menduduki peperiksaan bertulis sebagaimana calon yang celik.Mereka akan terus dipanggil untuk temuduga. Oleh yang demikian, penilaian calon akan dilakukan semasa temuduga tersebut. Oleh itu, calon dinasihatkan untuk menunjukkan penampilan terbaik semasa temuduga tersebut. Misalnya mesti memiliki pengetahuan secara mendalam tentang jawatan yang dipohon serta bidang tugas yang akan dilaksanakan setelah menjawat jawatan tersebut, menunjukkan minat yang mendalam terhadap jawatan yang dipohon, berpakaian kemas dan menarik, yakin diri, menunjukkan keupayaan sebenar seseorang calon tersebut.Penilaian calon OKU semasa temuduga adalah sama dengan calon yang celik.Tiada keistimewaan.

2. Walau bagaimana pun dari aspek pencapaian akademik, calon OKU akan diberi sedikit kelonggaran. Bagi calon yang tidak memiliki ijazah, memadai dia lulus matapelajaran dalam peperiksaan SPM sahaja sudah memadai untuk dipertimbangkan untuk berkhidmat di sektor awam. Manakala bagi calon yang celik/tidak cacat, calon mestilah mendapat kredit dalam dalam SPM. Sementara itu, calon OKU yang memiliki ijazah diterima dan akan ditemuduga walau pun calon tersebut menamatkan pengajian dengan CGPA di bawah 2.75, yang penting lulus.Jika calon yang tidak cacat, minimum penmcapaian akademik setelah menamatkan pengajian ialah 2.75. Calon tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk bekerja di sektor awam.

3. Pegawai pekerjaan di Bahagian OKU JKM akan dirujuk dan akan memberi nasihat kepada panel penemuduga sekiranya ada calon OKU yang akan ditemuduga dalam hal yang berkaitan tentang kebolehan dan keperluan OKU tertentu, “job matching” dan apa sahaja maklumat berkaitan dengan OKU.

4. Pihak JKM sedang menjalankan kempen kesedaran tentang OKU terhadap para majikan dan ketua jabatan di sektor awam bertujuan agar mereka sedar tentang kemampuan OKU untuk bekerja di jabatan mereka. Dengan itu, mereka boleh menerima dan tidak prejudis kepada pekerja OKU di jabatan mereka.Ini dilakukan melalui seminar dan latihan kepada pegawai yang berkhidmat di sektor awam.

5. Pihak Mab telah menyerahkan senarai jawatan yang boleh dipohon “job matching” oleh OKU Penglihatan kepada JKM sebagai garis panduan kepada pegawai tersebut sekiranya dirujuk oleh panel penemuduga sektor awam.

6. Isu kemudahan dan prasarana untuk OKU bekerja. Dalam dialog tersebut, pihak JKM dan JPA menyatakan mengapa OKU Penglihatan kurang diberi peluang untuk diambil bekerja dalam sektor awam ialah kerana tidak ada kemudahan yang bersesuaian seperti tandas OKU, banyak tangga, bangunan yang kurang sesuai, susah untuk bergerak dan lain-lain. Menyediakan kemudahan ini memerlukan kewangan yang banyak.

Saya amat tidak bersetuju dengan pendapat ini, dan telah menjelaskan kepada mereka bahawa OKU penglihatan tidak memerlukan kemudahan tersebut. Kemudahan tersebut hanya diperlukan oleh OKU anggota sahaja. Disamping itu, kita boleh bergerak ke mana sahaja setelah membiasakan diri dengan sesuatu tempat dalam beberapa hari sahaja. Saya menjelaskan lagi bahawa apa yang penting ialah kemudahan alat bantuan teknologi iaitu komputer dan pembaca skrin “voice screen reader” untuk bekerja. Ini merupakan alasan yang biasa kita dengar dari ramai majikan untuk tidak mengambil OKU Penglihatan di tempat mereka. Mereka tidak faham bahawa keperluan OKU Penglihatan dengan OKU lain adalah berbeza. Kita boleh mengakses sesuatu tempat biar pun tiada kemudahan fizikal tersebut. Buktinya di sekolah dan universiti yang ramai diantara kita telah dan sedang belajar tak ada pun kemudahan seumpama itu. Saya nyatakan juga malah orang buta pun telah berjaya mendaki gunung kinabalu.

Alhamdulillah saya merasakan bahawa sudah semakin ramai OKU Penglihatan yang sedang berkhidmat di sektor awam terutamanya yang memiliki ijazah. Jika sebelum ini, bidang perguruan telah menjadi penyumbang terbesar kepada peluang pekerjaan OKU Penglihatan berijazah, kini mereka mempunyai peluang berkhidmat di sektor awamsebagai seorang pegawai. Buktinya beberapa orang rakan saya telah berkhidmat di sektor awam sebagai pegawai iaitu di JKM dan JAKIM. Disamping itu ada juga rakan-rakan saya yang telah mengikat kontrak dengan beberapa buah universiti untuk menjadi seorang pensyarah. Ini menunjukkan peluang pekerjaan untuk OKU Penglihatan yang berijazah semakin terbuka luas. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Friday, July 30, 2010

Majlis Perkahwinanku


Majlis Perkahwinanku.


Alhamdulillah pada 19 Jun 2010 yang lalu, aku telah dijab kabulkan dengan seorang wanita yang amat aku sayangi iaitu Misbah BT Kasim di Masjid Kg Binjai, Jejawi, Pasir Mas Kelantan. Majlis aqad nikah itu berlangsung jam 3 petang yang dihadiri oleh semua sanak saudara dari keluargaku dan isteri. Berdebar-debar juga aku rasakan sewaktu akad nikah tersebut. Tetapi alhamdulillah Allah memberikan kekuatan dan ketenangan kepadaku. Dengan sekali lafaz sahaja, akad nikah itu selesai. Kerap kali juga aku mendengar cerita dan selalu dipesan oleh rakan-rakan yang sudah berpengalaman bahawa ada juga pengantin yang terpaksa melafazkan akad nikah berkali-kali. Nasib baik peristiwa itu tidak berlaku kepadaku. Selepas majlis akad nikah tersebut, kenduri perkahwinan telah diadakan di rumah isteriku. Walimah yang diadakan adalah sederhana dan ringkas sahaja. Kami tidak bersanding. Cuma sarung cincin dan membatalkan wudhu’ di bilik pengantin yang disediakan yang disaksikan oleh keluarga terdekat sahaja. Kenduri yang diadakan adalah berupa kenduri kesyukuran sahaja dan bukaannya undangan perkahwinan.

Antara undangan perkahwinan dan kenduri kesyukuran ini ada bezanya di Kelantan. Jika mengadakan kenduri kesyukuran, tetamu yang datang tidak perlu membawa wang untuk majlis tersebut. Oleh yang demikian, mereka biasanya membawa barang keperluan asas seperti gula, beras dan sebagainya kepada tuan rumah. Tetapi jika undangan perkahwinan, tetamu biasanya akan menyumbangkan duit untuk majlis tersebut dan pelbagai upacara akan diadakan seperti nyanyian, DJ, dan sebagainya untuk memeriahkan majlis tersebut.
Seramai lebih kurang 400 orang telah menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan oleh pihak pengantin perempuan. Alhamdulillah semua makanan habis.Namun begitu, walaupun walimah itu berakhir jam 6,00 petang, tetapi ramai juga tetamu yang datang lewat sehingga ke malam. Nasib baik masih ada sedikit lagi makanan yang boleh dihidangkan kepada mereka.


Pada hari esoknya pula iaitu pada 20 Jun 2010, walimah diadakan pula di pihak pengantin lelaki (menyambut menantu). Aku telah pulang dahulu ke rumahku dan menunggu ketibaan pengantin perempuanbersama keluarganya. Majlis bermula jam 12 tengahari. Pada jam 1,30 tengahari rombongan rakan-rakanku dari Kuala Lumpur seramai 32 orang telah tiba. Mereka menaiki sebuah bas persiaran yang telah ditempah khas untuk perjalanan tersebut. Malangnya bas tersebut tidak masuk ke dalam kampungku kerana jalannya kecil menyebabkan bas tersebut tidak boleh melaluinya.Jadi, rombongan tersebut terpaksa berjalan sejauh lebih kurang 1 KM untuk sampai ke rumahku. Aku menyambut kedatangan mereka dengan hati yang gembira. Akhirnya mereka sampai juga ke rumahku. Sambil mereka dihidangkan dengan juadah yang disediakan, aku sempat bergambar dengan mereka (Kalau nak tengok gambar, layari “facebook” saya). Pada masa yang sama, aku ternanti-nanti kehadiran pengantin perempuan. Namun begitu, rombongan pengantin perempuan tidak juga sampai. Oleh kerana mereka kesuntukan masa kerana perlu sampai ke Kuala Lumpur selewat-lewatnya jam 11 malam, mereka tidak sempat bertemu dengan pengantin perempuan. Pengantin perempuan hanya sampai sebaik sahaja mereka meninggalkan rumahku.Sementara itu, ada juga antara rakan-rakanku dari Kuala Lumpur yang datang sendiri tanpa menyertai rombongan bas tersebut. Rakan-rakanku dari Kelantan juga telah hadir ke majlis perkahwinanku terutama Saudara Mohd Faizal yang datang kedua-dua majlis pengantin perempuan dan lelaki termasuk majlis akad nikah. Aku mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua rakan-rakanku yang telah sudi hadir ke majlis perkahwinan yang diadakan meski pun mereka terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan mengorbankan wang, masa dan tenaga mereka sanggup juga datang. Terimakasih juga kerana telah menghadiahkanku dengan pelbagai barangan dan wang ringgit. Semoga pengorbanan dan jasa kalian akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah. Amin.

Walimah di rumahku bermula jam 12,00 tengahari dan berakhir jam 6,00 petang. Oleh kerana hari tersebut hari bekerja di Kelantan, ramai tetamu yang datang pada sebelah petang iaitu selepas jam 4,00 petang. Alhamdulillah semua makanan habis. Sebelum Maghrib, kenduri tersebut selesai. Antara juadah istimewa yang dihidangkan kepada para tetamu yang hadir ialah kuih akok dan kerabu nangka.

Sudah jodoh. itu sahaja yang mampu aku ucapkan. Bukan apa, aku teringat kisah percintaanku dahulu dengan beberapa orang gadis yang celik. Namun semuanya gagal. Sebab mudah sahaja iaitu tidak direstui oleh ibubapa mereka kerana “aku seorang buta”. Keadaan itu menyebabkan ibubapa gadis tersebut menghalang perhubungan aku dengan anak mereka. Mereka tidak yakin tentang keupayaan orang buta menyara anak mereka. Ada juga yang takut nanti cucu mereka akan jadi buta. Tak kurang juga yang merasa malu dengan masyarakat setempat bila dapat menantu buta. Itulah nasib insan buta selalu dipandang rendah oleh masyarakat. Nak kahwin pun susah. Persepsi negatif seumpama ini patut dihapuskan dari pemikiran ibubapa. Ini kerana ramai orang buta yang telah berkahwin sema ada dengan rakan senasib atau orang celik telah berjaya dalam mendidik anak dan rumahtangga. Ramai juga pasangan yang celik gagal dalam perkahwinan mereka dan tak berupaya menyara keluarga mereka. Oleh yang demikian, “buta” bukan penghalang untuk berumahtangga kerana mereka mampu untuk berdikari dan mengemudi rumahtangga dengan baik.

Aku anggap bahawa Itu adalah ujian dari Allah untuk insan buta sepertiku. Begitu jugalah dengan Perkahwinanku yang pada mulanya tidak dipersetujui oleh keluarga isteriku. Namun Alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah akhirnya keluarga isteriku telah bersetuju dan sehingga sekarang mereka telah menerima kehadiran aku dalam keluarga mereka dan melayaniku dengan baik sekali. Itulah yang aku maksudkan “kalau dah jodoh tu takkan ke mana”. Seperti kata orang “kalau bukan jodoh kita, sejuta tangan yang menyokong sekali pun, pasti tidak akan jadi. Tapi kalau dah jodoh, sejuta tangan menghalang sekali pun, tetap akan jadi”. Ini membuatkan aku tertawa seorang diri mengenangkan kisah-kisah tersebut. Bukan apa. Sebenarnya pelbagai usaha yang aku telah lakukan dalam misi mencari teman istimewa untuk dijadikan isteri. Setelah berusia 35 tahun barulah aku bertemu jodoh. Satu penantian yang agak panjang. Tapi aku tetap bersyukur kerana akhirnya aku berkahwin juga. Lambat atau cepat jodoh seseorang itu sudah tentulah ada hikmah di sebaliknya. Dalam penulisan yang akan datang, aku akan kongsikan tengang pengalaman ku dalam usaha mencari jodoh untuk tatapan para pembaca. Ada yang sedih, lucu dan kelaka. Itulah rencah yang menjadikan kehidupan kita bertambah serinya. Setiap cabaran itu akan menjadikan jiwa kita kuat dan iman kita meningkat.

Monday, July 19, 2010

BENGKEL PENINGKATAN ESTIM DIRI OKU UIA


Assalamualaikum kepada para pengunjung blog ini. Alhamdulillah bertemu di dalam dunia cyber setelah sekian lama saya tidak menulis iaitu lebih dari 3 bulan. Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini kerana agak sibuk dengan pelbagai urusan sehingga saya alpa dari menulis dalam blog ini.Jutaan terima kasih kepada semua para pembaca yang masih sudi melayari blog biar pun sudah sekian lama tak “update”. Di sini saya ingin kongsikan dengfan anda tentang satu program yang telah saya sertai bersama dengan Mahasiswa OKU Universiti Islam Antarabangsa di Kuantan Pahang.

Pada 28 hingga 30 Mei 2010, saya telah dijemput oleh Mahasiswa OKU dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam Bengkel meningkat Estim Diri anjuran mereka di Hotel MS Garden di Kuantan Pahang. Program ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari hari jumaat hinggalah hari ahad. Program ini telah disertai oleh 13 mahasiswa OKU UIA dari kampus utama di Kuala Lumpur dan Kampus Kuantan. Saya telah dijemput sebagai motivator kepada mereka paada slot malam Sabtu. Disamping itu, mereka juga telah menubuhkan sebuah Kelab Mahasiswa OKU di UIA bagi menjaga kebajikan dan mewakili suara mahasiswa OKU di UIA. Tahniah saya ucapkan kepada mereka.

Untuk pengetahuan semua, di UIA juga terdapat ramai mahasiswa ZOKU sebagaimana di universiti Malaya dan lain-lain IPTA. Tetapi kebanyakan mereka mengalami kecacatan fizikal dan pendengaran.Tidak seorang pun yang cacat penglihatan. Namun begitu, ada seorangmahasiswaya yang rabun dan mengalami masalah pendengaran (hearing impairment)dan dia dikategorikan sebagai kecacatan pelbagai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Masalah pendengaran di sini bermaksud mereka pekak tetapi mengalami gangguan pendengaran pada masa-masa tertentu.

Dalam program ini mereka telah menubuhkan sebuah ahli jawatankuasa penaja kepada penubuhan sebuah persatuan mahasiswa OKU UIA. Setahu saya, ini merupakan persatuan yang kedua yang ditubuhkan selepas Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM).Selain itu, saya juga telah dihubungi oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas maksud yang sama iaitu untuk menubuhkan sebuah kelab untuk OKU di sana. Ini merupakan satu usaha yang sangat baik dari IPTA di Malaysia agar nasib mahasiswa OKU lebih terbela dan dihormati.
Tapi yang paling best dalam program ini ialah saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dari UIA. Dengan ini, saya dapat belajar sesuatu yang baru daripada mereka yang berbeza kecacatan dengan saya. Saya mengalami kecacatan penglihatan (buta), manakala rakan dari UIA kebanyakannya mengalami kecacatan fizikal (anggota) disamping kecacatan pendengaran dan pelbagai. Sebelum ini saya juga mempunyai kenalan dari kalangan kecacatan yang lain di Universiti Malaya. Namun kali ini, saya dapat pula berkenalan dengan mahasiswa OKU dari UIA pula. Mereka semuanya peramah dan sangat suka membantu. Salah seorang daripada mahasiswa OKU juga kmerupakan pelajar luar negara iaitu dari Afghanistan. Selain dari mahasiswa OKU, program ini juga disertai oleh mereka yang tidak cacat sebagai sukarelawan. Begitu juga dengan beberapa orang staf yang menjaga hal-ehwal OKU di sana. Oleh itu dapatlah saya berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan tentang mahasiswa OKU di universiti masing-masing.

Perkenalan kami bermula pada 22 Januari yang lalu di Universiti Malaya dalam program Kerjaya OKU di mana saya telah membentangkan pengalaman dan cabaran hidup saya sebagai seorang buta dalam program tersebut. Tambahan, saya juga ada menceritakan tentang penglibatan saya secara aktif dalam PERMIUM sejak dari awal penubuhannya lagi. Ini telah menarik minat dan tercetusnya idea untuk menubuhkan persatuan yang sama di UIA. Secara kebetulan juga, kami duduk semeja sebagai peserta dalam program tersebut sebagaimana yang telah saya laporkan dalam blog ini beberapa bulan yang lalu. Oleh yang demikian, saya telah dijemput bagi membantu mereka dalam penubuhan persatuan di UIA.

Penubuhan persatuan atau kkelab sebenarnya akan memberi banyak manfaat dan faedah kepada mahasiswa OKU itu sendiri. Misalnya penubuhan PERMIUM di Universiti Malaya telah memberi banyak manfaat kepada golongan mahasiswa OKUyang belajar di sini. Antaranya ialah:

1. Menjadi suarra yang mewakili mahasiswa OKU dalam memperjuang hak dan kebajikan mahasiswa OKU dari pihak pentadbir universiti.
2. Memberi kesedaran kepada warga kampus khususnya dan masyarakat keseluruhannya tentang kemampuan dan ketarampilan mahasiswa OKU melalui penganjuran program kesedaran awam, program motivasi, khidmat masyarakat yang dianjurkan sendiri oleh persatuan.
3. Mengeratkan sulatur rahim diantara mahasiswa OKU yang terdiri dari pelbagai kecacatan di universiti.
4. Mengintegrasikan mahasiswa yangOKU dan tidak OKU melalui kerjasama, kolaborasi dan seumpamanya dalam kehidupan seharian dan penganjuran program tertentu.
Hasil dari penubuhan PERMIUM itu sendiri, pelbagai perubahan yang positif telah berlaku di universiti ini di mana semakin banyak prasarana yang disediakan oleh pihak universiti kepada mahasiswa OKU. Kita juga terlibat dalam pelbagai penganjuran program dan projek oleh pihak persatuan sendiri seperti kem motivasi, Khidmat masyarakat, seminar, “road tour reader”, dan lain-lain yang memberi manfaat bukan sahaja kepada mahasiswa semata-mata tetapi juga kepada masyarakat. Penubuhan persatuan juga memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa OKU untuk mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran berorganisasi. Ini membolehkan mereka menonjolkan bakat dan keterampilan masing-masing melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti dan kepimpinan persatuan. Ini penting bagi membina estim diri dan personaliti yang lebih positif dan cemerlang. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum ini sangat penting dan akan diambil kira sebagai salah satu kriteria semasa memohon pekerjaan oleh pihak majikan. Pengalaman berorganisasi amat berharga kepada setiap warga mahasiswa OKU untuk mempertingkatkan diri demi masa hadapan.

Satu lagi perkara yang menarik semasa program ialah makanan yang dihidangkan di Hotel MS Garden memang sedap dan lazat. Perut santiasa kenyang. Alhamdulillah dapatlah makan free, jimat duit untuk 2 hari. Salah satu acara dalam program di hotel tersebut ialah “grand dinner” di mana dalam majlis tersebut, para peserta menyumbangkan bakat masing-masing dalam bidang nyanyian. Saya juga telah menyumbangkan sebuah lagu nasyid iaitu “muhasabah cinta” dari kumpulan Ekostik. Dalam majlis tersebut kami telah dihidangkan dengan “chinese food” yang sangat lazat.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) juga telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang peranan JKMM bagi merealisasikan peluang 1 % pekerjaan oleh sektor awam kepada golongan OKU. Begitu juga dengan peranan JKM secara keseluruhan terhadap golongan OKU. Dialog juga telah diadakan dengan pihak JKM tentang peranannya dalam menangani isu yang berkaitan dengan OKU.

Setelah resolusi dibuat dalam bengkel tersebut, mereka pada masa yang sama telah menubuhkan persatuan Mahasiswa OKU UIA. Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang dan singgah sebentar di Pantai Teluk Cempedak untuk membeli cenderahati untuk dibawa balik. Kami telah sampai di Kampus UIA di Gombak pada jam 7 malam. Salah seorang Mahasiswa OKU UIA telah menghantar saya pulang ke Batu 6 Gombak dengan keretanya.

Kesimpulannya, kesedaran tentang pentingnya persatuan mahasiswa OKU semakin pesat di kalangan mahasiswa OKU di beberapa buah universiti bagi memperjuang dan membela nasib mahasiswa OKU di universiti masing-masing. Ini adalah satu perkembangan yang positif dan usaha yang murni demi masa hadapan mahasiswa OKU. Mudah-mudahan penubuhan persatuan ini akan berjaya dan mencapai matlamatnya.Tahniah kepada mahasiswa OKU UIA atas penubuhan persatuan tersebut.

Friday, July 16, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar




Disini saya ingin kongsikan petikan dari seorang rakan di dalam facebook beliau.
Mungkin artikel ini tidak pernah anda membaca sebelum ini. Tetapi saya kira artikel sangat menarik dan merupakan sesuatu yang baru kepada kita. Semoga kita mendapat manfaat dan pertunjuk daripada Allah SWT.Selamat membaca artikel ini daripada awal hingga akhir.

______________________________________________________________________________



Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...





Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.


Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"


Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Thursday, April 1, 2010

Memori Sewaktu Menunggu Keputusan SPM:)

Memori sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Assalamualaikum para pengunjung blog ini. Apakhabar kalian semua? Harap semuanya baik-baik dan luar biasa bagus semuanya. Saya alhamdulillah sihat. Cuma sibuk sikit dengan penyelidikan yang sedang dilakukan di Universiti Malaya. Terlebih dahulu nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang OKU Penglihatan dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM biar pun keputusan tu dah sebulan berlalu. Dengar ceritanya ada yang dapat 8A dalam SPM dan ada yang dapat 4A dalam STPM. Tahniah!

Di sini saya nak kongsi cerita tentang satu kisah yang tak kan saya lupakan iaitu sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SPM 17 tahun yang lalu. Pelbagai kisah suka duka yang telah saya telah lalui ketika itu. Ia merupakan pengalaman pertama saya hidup berdikari di Bandaraya Kuala Lumpur bersama seorang rakan saya iaitu K. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, bacalah cerita di bawah ini.

Aku dan K telah mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung selepas menduduki peperiksaan SPMpada tahun 1992. Kami bercadang untuk bekerja sendiri demi mencari wang. Tambahan pula, masa untuk menunggu keputusan peperiksaan SPM terlalu lama. Aku malas hendak balik ke kampung kerana bosan tak tahu apa nak buat. Jadi, aku fikir lebih baiklah aku tinggal di Kuala Lumpur dan melakukan sebarang pekerjaan yang boleh memberikan sedikit wang kepadaku. Aku boleh simpan wang tersebut untuk masa depan. Itu kan lebih baik? Lagi pun K juga bersetuju dan sanggup bersama-samaku tidak pulang ke kampung dan mencari pekerjaan di sini. Oklah tu ada geng. Taklah bimbang sangat ada kawan. Aku telah menyampaikan hasrat kepada rakanku S yang sedang belajar di Darul-quran dan dia telah membantuku dengan membenarkan aku menumpang di asramanya di Darul-quran untuk sementara waktu sebelum kami mendapat tempat tinggal yang sesuai. Lagi pun pada waktu itu, pelajar Darul-quran sedang bercuti. Jadi asrama tempat S tinggal tu kosong sebab semua rakan-rakannya balik kampung kecuali dia seorang sahaja tak balik kampung. Aku dan K telah mengambil keputusan untuk menjual barang di Jln Melayu Masjid India setiap hari. Hasil kutipan dari duit tersebut kami bahagi dua. Macam barangan yang kami jual misalnya buah pala, minyak wangi, tisu, gula-gula dan lain-lain. Barang-barang tersebut kami letakkan di dalam raga. Tapi barang-barang tersebut tak beli banyak sebab kami tak ada tempat untuk menyimpan dan terpaksa dibawa balik setiap hari. Kami memulakan operasi perniagaan bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 7 malam. Selepas itu barulah kami pulang ke asrama Darul-quran. Begitulah rutin kami setiap hari. Memang seronok melakukan pekerjaan itu. Setiap hari kami dapat duit sama ada hasil jualan barangan tersebut atau pun wang tersebut disedekahkan sahaja kepada kami oleh orang ramai yang lalu lalang di situ. Hasil yang diperolehi aku simpan dalam bank. Cuma sedikit sahaja aku ambil untuk keperluan setiap hari. Setelah dua minggu berlalu, aku dan K terpaksa berpindah dari asrama Darul-quran kerana percutian palajar darul-quran telah tamat. Tetapi pada masa itu kami belum dapat rumah atau bilik untuk disewa. Oleh yang demikian, aku dan K berpindah ke masjid Kg Baru dan tinggal di situ untuk beberapa lama. Pada saat itu bermulalah episod keperitan hidup kami di Kuala Lumpur Bukan apa, aku dan K tidak mempunyai rumah untuk tinggal dan kami terpaksa menumpang di Masjid Kampung Baru hanya pada waktu malam sahaja iaitu untuk tidur sahaja. Kami terpaksa meletakkan pakaian kami di sebuah kedai buku berdekattan Masjid Kampung Baru dengan ehsan tuan kedai tersebut. Aku dan K hanya dibenarkan tidur di beranda masjid sahaja setiap malam. Dengan beralaskan cadar dan berbantalkan beg, aku dan K dan beberapa orang lain tidur setiap hari. Kalau hujan turun, kami terpaksa bangun kerana tempias hujan. Kami juga terpaksa bangun seawal 5 pagi dan bersiap-siap sementara menunggu solat subuh. Namun begitu, kami tetap meneruskan rutin harian di Jln Melayu Masjid India menjual barangan. Sewaktu hendak tidur, aku sering teringat ibu, ayah dan dik-adik di kampung. Terasa juga nak balik kampung. Terasa perit benar hidup di Kuala Lumpur kerana tak ada tempat tinggal. Macam orang merempat aku rasakan. Nasib baiklah aku tidak keseorangan. Taklah rasa bimbang sangat. Tapi yang bestnya, jemaah Masjid Kg Baru memang baik. Setiap kali aku bersolat di Masjid ini, ada sahaja orang memberi sedekah kepada kami. Paling kurang RM10. Dapatlah aku gunakan wwang tersebut untuk keperluan harianku. Kadang-kadang juga jika aku dan K makan di kedai berdekatan, ada sahaja orang yang belanja atau tak payah bayar. Wah! Jimatlah duit aku.

Alhamdulillah, selepas dua minggu aku merempat di Masjid Kampung Baru, Aku dan K telah menyewa sebuah bilik di Wisma Datok Dagang iaitu berdekatan dengan Masjid Kg Baru dengan bayaran RM295 terrmasuk bil air dan elektrik.Selepas aku menyewa di sana, aku dan K meneruskan kerja kami seperti biasa. Tetapi aku dan K telah memutuskan untu melakukan kerja tersebut masing-masing. Segala keuntungan dan wang yang diperolehi menjadi hak mutlak masing-masing. Kami tidak berkongsi lagi seperti dahulu.

Aku teringat satu peristiwa yang agak menyedihkan yang telah berlaku kepadaku dan K semasa kami bermusafir di Masjid Kg Baru. Pada mulanya kejadian ini berlaku kepada K. Tetapi ia juga melibatkanku. Ia berlaku di Masjid India. Sewaktu K hendak bersolat di Masjid tersebut, dia hendak ke tandas lalu dengan tergesa-gesa menyuruh seseorang menjaga beg dan barang jualan kami. Dalam begnya juga ada sedikit wang hasil perniagaan dan kad pengenalanku. Tetapi malangnya selepas dia keluar dari tandas, semua barangnya telah hilang kerana dicuri oleh orang tersebut. Puas dia mencarinya tetapi tidak berjumpa. Memanglah tak jumpa, K bukannya rupa orang yang telah diamanahkan menjaga barangannya. Aku tak kisah sangat hilang duit tu. Aku boleh cari lagi. Tapi kad pengenalanku juga telah hilang. Memang rumitlah. Buku bank aku pun turut hilang. Banyak kerjalah kena buat. Aku pun pergilah ke Balai Polis Jln Dang Wangi untuk melaporkan kehilang kad pengenalanku. Kemudian pihak polis telah memberikanku sehelai kertas sebagai akuan tentang kehilangan kad pengenalanku. Sambil dia menasihati aku agar berhati-hati agar kejadian seumpama itu tidakberlaku lagi.

Selang beberapa hari selepas kejadian itu, kejadian yang sama telah berlaku kepadaku pula. Malang tidak berbau. Apa nak buat. Semuanya ujian dari tuhan. Ketika aku hendak pergi ke Perhentian bas di Lebuh Ampang, aku telah disapa oleh seorang lelaki lalu menawarkan bantuan kepadaku untuk membawaku ke destinasi tersebut. Dia terus membawa aku ke perhentian bas Lebuh Ampang berhadapan dengan Bangunan Datok Zainal. Kami memanggilnya ”perhentian bas segi tiga atau pulau”. Sambil tu kami bercerita tentang kisah kehidupan masing-masing. Ketika kami bersembang, Aku terasa lelaki tersebut meraba-raba begku. Tapi aku buat tak tahu sahaja. Selepas ketibaanrakanku dan menyelesaikan beberapa perkara tertentu, lelaki tersebut masih menungguku. Kebetulan hari seperti hendak hujann. Selepas rakanku berlalu, dia mengajak aku untuk makan di sebuah restoran. Aku pun bersertuju. ”Ah makan freelah aku hari ni” detik hati kecilku.

Setelah kami duduk di salah sebuah meja di restoran tersebut, lelaki tersebut pun memesan dua gelas teh tarik. Aku pun meletakkan begku di atas meja. Beg tersebut berisi beberapa helai pakaian serta surat akuan polis yang menyatakan kehilangan kad pengenalanku. Kemudian dia berkata kepadaku,

”Adik duduk sekejap ya, abang nak pergi beli goreng pisang di luar restoran ni”.

Lalu dia pun keluar dari restoran tersebut. Lama aku menunggu lelaki tersebut tetapi dia tidak muncul-muncul lagi. Lebih kurang satu jam aku menunggunya.

Tiba-tiba pekerja restoran tersebut menyapaku.

”Adik tunggu siapa?. Ujarnya.

”Saya menunggu rakan saya tadi dia pergi beli goreng pisang di luar restoran ni.” aku menjelaskan.

”Mana ada orang jual goreng pisang di luar restoran ni.” Dia menjelaskan.

“Oh,ya ke!” Aku terkejut.

“Adik dah kena tipulah ni. Tadi abang perasan yang adik datang dengan seorang lelaki. Tadi abang nampak dia keluar terus dari restoran. Ingat ke dia dia hanya tolong adik je.” terang pekerja restoran tersebut.

Aku pun mencari begku di atas meja. Tetapi tidak berjumpa. Aku bertanya kepada pekerja restoran tersebut kalau-kalu dia ada nampak begku di atas meja. Tetapi dia menyatakan bahawa dia tidak nampak apa-apa beg di atas meja atau di bawah meja. Sahlah aku dah kena tipu. Beg aku pun dah kena curi. Hai apa nak buat. Sudah nasib terkena sekali lagi. Paling merisaukan aku ialah surat akuan kehilangan kad pengenalanku ada dalam beg tu. Sepatutnya aku mesti pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara di Petaling Jaya dalam masa 14 hari. Sekarang ni surat tu dah hilang. Terpaksalah aku ke Balai Polis Dang Wangi sekali lagi melaporkan kehilangan surat tersebut.

”Takpalah adik, teh tarik ni tak payah bayar. Ni abang bagi Rm 3 untuk tambang balik.” Kata pekerja restoran tersebut sambil menghulurkan RM 3 kepadaku.
Aku pun mengambilnya. Memang geram betul dengan lelaki yang menipu aku tadi. Tak sangka aku kena tipu hari ni. Aku keluar dari restoran tersebut menuju ke Jalan Melayu untuk menyambung tugasku tanpa sebarang barangan sebab beg aku dah kena curi. Lalu aku pun pergilah membeli sedikit tisyu untuk dijual pada petang itu.

”Ah, janji dapat sedikit duit oklah” bisik hati kecilku.

Esoknya barulah aku melaporkan kejadian kehilangan surat akuan di balai polis. Justeru, aku pun menapaklah ke balai tersebut dengan perasaan bimbang dan sedih dengan kejadian yang telah berlaku.Sesampainya aku di balai polis aku pun melaporkan kehilangan surat akuan tersebut. Apa lagi, pegawai polis tu pun melentinglah. Aku yang dipersalahkan kerana tidak berhati-hati dan tidak menjaga surat tu dengan baik. Aku cuba membela diri. Pegawai polis tersebut memberi amaran jika sekali lagi surat akuan tu hilang, aku akan ditahan di dalam lokap. Hah geram betul aku. Tapi apa nak buat aku bersabar sahajalah. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah lelaki yang telah menipu aku. Dahlah kena tipu, kena marah dengan pegawai polis pulak tu. Alhamdulillah aku telah pergi ke JPN dan telah mendapatkan kad pengenalan baru.

Pengalaman itu tetap aku ingat sampai sekarang. Bila aku teringatkan peristiwa tersebut, aku tersenyum sendiri. Rasa lucu pulak. Tapi memang tak patut perbuatan orang yang menipu aku tu. Dengan orang buta pun mereka sanggup menipu. Tapi itu merupakan pengalaman yang sangat berharga bagiku. Pengajarannya, aku mesti berhati-hati dengan sesiapa sahaja dan menjaga barang aku dengan baik. Tidak semua orang celik tu boleh dipercayai terutamanya orang yang kita tidak kenal. Kalau ada barang tu jaga elok-elok. Namun begitu, ada lagi peristiwa aku kena tipu dengan orang celik yang aku tidak kenali. Nanti aku ceritakan lain kali.

Friday, March 26, 2010

puisi untuk sahabat

Puisi untuk sahabat.

Sahabatku,
Lihatlah wajahku yang sentiasa mengharap kasih-sayangmu,
Yang sentiasa mengharapkan keprihatinanmu,
Aku lelah sahabatku,
Merentasi onak dan duri kehidupan,
Yang sentiasa menyocok dan menyiat dagingku.

Sahabatku,
Namun, aku pasrah dengan setiap ujian,
Yang ditimpa kepadaku,
Demi rahmat dan kasih sayang tuhan yang maha agung.

Sahabatku,
Meski pun aku tidak pernah melihat wajahmu,
Tidak pernah menatap senyuman dan kebencianmu kepadaku,
Tidak pernah menatap keceriaan dan kekusaman wajahmu,
Namun, aku tetap menyayangimu
Dan mengenang jasa dan ketulusanmu.

Sahabatku,
Terimalah aku seadanya,
Jangan engkau memandang hina kepadaku,
Mendiskriminasiku,
Menyisihkanku dari kamus kehidupanmu.

Sahabatku,
Ingatkah kau tentang satu surah dari Al-quran,
iaitu Surah Al-abas,
Kerana Rasulullah didatangi oleh seorang buta,
Lalu Rasulullah berpaling,
Lalu Allah menurunkan surah itu,
Sebagai tanda kasihnya kepada kami,
Agar umat Muhammad melayani kami sebaiknya.

Kerana kami juga sepertimu,
Ingin menjalani kehidupan di atas jalan yang lurus,
Juga diredhai Allah.

Sahabatku,
Mahukah kalian menjadi sepertiku,
Dan aku menjadi kamu,
Untuk seketika Cuma,
Agar kau merasai apa yang aku rasai?

Sudah tentu kau tidak akan sanggup,
Kerana bagimu itu satu kesusahan dan kepayahan
Kehinaan dan kelemahan,
Kelelahan dan kepahitan.
Kesedihan dan kesengsaraan.

Sahabatku,
Kau sering bersimpati kepadaku,
Tapi mengapa kau sanggup membiarkan aku,
Tersungkur sendirian dimamah besi dan batu,
Lemas sendirian di lubang-lubang kotor,
Terpinggir di hutan batu yang ramai penghuninya,
Mentertawakanku teraba-raba dijalanan,
Menyisihkanku ketika aku memerlukanmu.

Sahabatku,
Bukan aku menyesali kehidupanku,
Aku ingin kau mengerti,
Kelelahan dan kepayahanku,
Memahami penderitaanku,
Lalu kau hulurkan tanganmu,
Ketika aku memerlukanmu.

Sahabatku,
Tidakkah kau sedari,
Akan nikmat tuhan kepadamu,
Pancaindera yang indah itu,
Janganlah kau lupakanku disini,
Hulurkanlah keprihatinan dan kasih sayangmu kepadaku,
Demi mensyukuri nikmat itu.

Sahabatku,
Terimakasih atas pengorbananmu,
Andainya kau pernah memimpin tanganku,
Andainya kau pernah membantuku,
Andainya kau pernah menangis bersamaku,
Andainya kau pernah terluka keranaku,
Ketahuilah aku tidak pernah melupakanmu.

Sahabatku,
Aku akan terus melangkah,
Bangkit dari kelelahan dan kepayahan,
Menongkah arus kehidupan,
Dengan segenap kudratku,
Biar pun tanpa cahaya yang menerangi,
Tiada payung yang melindungi,
Dari hujan dan panas matahari,
Walau tiada siapa yang memerhati,
Cukuplah Allah sebagai penolong hambamu ini.

Sahabatku,
aku akan terus maju dan maju,
Memburu impian dan kejayaan,
Tanpa rasa jemu dan putus asa,
Membuang lumpur dan duri yang menyakitkanku,
Aku akan sentiasa bersyukur dengan rahmat tuhan,
Melangkah dengan penuh yakin dan pengharapan positif,
Biar pun sekali-sekala tersesat dan terjatuh,
Akanku bangkit dan mencari arah kembali,
Dengan tongkat keimanan dan kesabaran,
Dengan nikmat dan kurniaan Allah,
Kerana aku sedar wahai sahabatku,
Kita adalah juara,
Dan aku takkan pernah melupakanmu wahai sahabatku,
Di setiap doaku.

Monday, March 22, 2010

ulasan buku

ULASAN BUKU: “SIAPA BERSAMA MEREKA”.

Buku ”Siapa Bersama Mereka” merupakan sebuah buku yang telah diterbitkan oleh National Counsil Of The Blind (NCBM) pada tahun 2006. Buku ini mengisahkan 24 orang buta yang telah berjaya dalam kehidupan dan memberi sumbangan yang besar kepada golongan senasib. Kisah kehidupan ini telah diolah dalam bentuk cerpen oleh beberapa orang penulis buta sendiri yang telah mencipta nama iaitu Mohd Ghazali Tocheh, Norhashimah Hashim dan Emi Suzani. Buku ini boleh diperolehi di NCBM dalam bentuk CD. Buku ini telah saya pinjam dari Perpustakaan Utama Universiti Malaya dan dibaca oleh beberapa para pembaca sukarela. Saya berpendapat buku ini patut dibaca oleh golongan buta kerana ia mengisahkan pengorbanan, liku-liku dan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Melalui kisah suka-duka, jerih-perit, latar belakang kehidupan, pengalaman pahit dan manis mereka memberikan kesedaran dan keinsafan kepada saya bahawa Allah itu maha pengasih dan penyayang kepada setiap hambanya. Allah menjadikan kita cacat pancaindera tapi Allah tidak cacat menjadikan hambanya walau pun ia mengalami kekurangan tertentu. Tetapi terlalu banyak nikmat telah dikurnikan kepada saya dan kita semua. Oleh yang demikian, kita mesti sentiasa bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan meski pun kita cacat penglihatan. Kejayaan yang telah dikecapi oleh 24 orang tokoh patut dicontohi dan menjadi “role model” kepada kita.

Ada diantara tokoh-tokoh tersebut yang tidak pernah saya dengar namanya sebelum ini. Setelah membaca buku tersebut, barulah saya mengenali mereka. Ada juga antara tokoh-tokoh yang sering kita dengar tetapi kita tidak mengenali secara mendalam kisah kehidupannya. Oleh yang demikian, melalui buku ini saya dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam dan mengetahui perjalanan hidup mereka yang telah berjaya dalam pelbagai lapangan yang diceburi. Siapa sangka insan yang buta ini juga berupaya mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Ada yang menjalankan perniagaan penerbitan, penternakan ikan air tawar, pakar ekonomi, penanaman cendawan, membuat bakul rotan, terlibat dalam perniagaan urut dan lain-lain. Tidak kurang juga diantara mereka terlibat aktif dalam NGO yang berkaitan dengan OKU penglihatan.

Melalui pembacaan buku ini, saya juga dapat banyak maklumat tentang perkembangan pendidikan orang cacat penglihatan dari zaman Jepun dan British sehinggalah sekarang berdasarkan kisah perjalanan tokoh-tokoh. Begitu juga tentang sejarah Pusat latihan Gurney dan MAB yang telah banyak berjasa kepada orang cacat penglihatan di Malaysia. Begitu juga dengan sekolah rendah saya dulu iaitu Sekolah Puteri Elizabeth di Johor Bahru Johor dan ST. Nicholas yang juga telah menyumbangkan jasa yang tidak ternilai kepada pendidikan orang cacat penglihatan di Malaysia. Situasi mereka lebih sukar dari kita sekarang dari segi pendidikan. Tetapi mereka masih berupaya berjaya dalam pelajaran. Contohnya Profesor Datok Ismail Salleh yang telah menjadi orang cacat penglihatan pertama mendapat Phd dari sebuah universiti di US. Begitu juga Encik Peter Chin Peng Kong yang menjadi orang cacat penglihatan pertama mendapat ijazah Sarjana Muda di Australia dan menjadi guru. Kejayaan mereka menjadi motivasi kepada saya untuk lebih gigih dan berjaya pada masa hadapan.

Kisah kehidupan yang dipaparkan ini adalah dari golongan cacat penglihatan yang telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Ada diantara mereka ini yang telah pun kembali ke rahmatullah seperti Allah yarham Mohd Ghazali Tocheh juga merupakan antara penulis buku ini, Allah yarham Profesor Datok Ismail Salleh, Allah yarham S. Jibeng dan mendiang Katan pilai. Bak kata pepatah “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Jasa mereka amat besar kepada kita semua. Oleh yang demikian, bacalah buku ini untuk mengetahui kisah selanjutnya. Ia boleh merangsang dan meningkatkan motivasi kita untuk berjaya di masa hadapan.

Wednesday, March 10, 2010

PEMERGIAN IBU DAN ABANG YANG DIKASIHI

PEMERGIAN IBU DAN ABANG YANG DIKASIHI.
Satu peristiwa yang masih tetap segar dalam ingatanku ialah saat aku menerima berita ibu yang telah pulang ke rahmatullah. Ketika itu aku dan tiga orang rakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lipis Pahang kerana menghadiri ceramah dalam program “Jihad Ekonomi” bersama SuRECO iaitu sebuah syarikat jualan langsung bumiputera yang kini telah tersungkur. Dalam program tersebut aku juga tidak ketinggalan untuk memberi ceramah tentang “kenapa saya menyertai Sureco”. Ini kerana aku merupakan satu-satunya OKU penglihatan yang telah berjaya mendapat pangkat bintang delima dalam heirarki pangkat berdasarkan kejayaan dalam syarikat tersebut.

Lebih kurang jam 2 pagi, aku telah dihubungi oleh adikku yang menyampaikan berita kematian ibuku. Aku meminta adikku agar mengkebumikan ibu setelah aku dan adik-beradik yang lain sampai ke rumah. Aku begitu sedih kerana telah kehilangan ibu yang sangat aku kasihi. Namun, aku redha dan menerima berita tersebut dengan penuh kesabaran. Air mataku sedikit pun tidak mengalir. Memang sebelum ini pun ibuku sudah beberapa kali keluar masuk wad kerana penyakit darah tingginya. Dua minggu sebelumnya aku sempat bersama dengan ibuku kerana aku telah pulang ke kampung untuk bercuti sebelum memulakan semester baru di Universiti Malaya. Tak kusangka itulah pertemuan terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. ”Wahai ibuku semoga dikau mengampunkan semua dosaku terhadapmu dan halalkanlah segala makan minumku selama ini.”

Berita tersebut aku sampaikan kepada tiga rakan-rakanku yang berada dalam kereta tersebut. Mereka mengucapkan takziah kepadaku. Kereta yang kami naiki meluncur laju ke arah Kuala Lumpur. Ketika hendak sampai ke Bentung, tiba-tiba pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta. Dia berkata:

”Eh, Haji cuba lihat di atas langit sana, ada awan yang membentuk Kalimah Allah.”

Aku terpinga-pinga. Aku bertanya dalam hati sendiri.

”Betulkah apa yang mereka lihat ni?” Hatiku bertanya sendiri.

”Betul ke Haji, Faiz kalimah Allah yang awak lihat tu?” Aku bertanya.

”Ya betul.” kata haji.

Faiz memberhentikan kereta dan mereka keluar untuk melihat dengan lebih jelas lagi. Ketiga-tiga rakanku dapat melihat dengan lebih jelas lagi dan ia menjadi semakin terang.

”Mungkin ini petanda bahawa ibu awak telah diredhai oleh Allah Ta’ala. Dan ini adalah penghibur kepada kesedihan awak.” Kata Haji.
Aku diam sahaja. Mungkin betul kati Haji tu. Kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Menurut kata Haji Lama juga dia nampak awan yang membentuik kalimah Allah tu sehingga ke bentung barulah ia hilang.

”Semoga ada petanda yang baik dari kejadian ini.” Aku berkata dalam hati.

Sampai di Medan Idaman, kami pun mengisi perut dengan nasi goreng. Kemudian mereka menghantarku pulan ke rumah untuk bersiap untuk pulang ke kampung di Pasir Mas Kelantan. Aku pulang bersama adikku dan isterinya dengan menaiki kereta. Begitu juga dengan adik bongsuku yang baru saja melanjutkan pelajarannya di UKM. Kami bertolak ke kampung pada jam 4 pagi dan sampai ke rumah jam 10 pagi.

Sesampainya di rumah aku terus duduk di hadapan jasad ibu yang terbujur kaku. Aku sempat membacakan Surah Yasin yang telah kuhafal sejak sekian lama. Selepas itu jasad ibu telah dimandikan. Selepas dimandikan dan dikafankan, kami adik-beradik diberi peluang untuk melihat wajah ibu buat kali terakhir. Aku tidak mampu untuk melihat wajah ibu dan aku tidak pernah melihatnya kerana kebutaanku. Aku hanya menyentuh pipinya yang licin dan lenbut dan lebih lembutnya kasih-sayangnya terhadap kami semua.Di saat itu aku tidak menahan rasa sebak air mataku akhir tumpah juga mengiringi pemergiannya. Di saat aku menulis coretan ini aku juga tidak dapat menahan air mata dari tumpah mengenangkan peristiwa itu. Selepas jenazah ibu pun disembahyangkan di rumah. Alhamdulillah aku juga turut serta menyembahyangkan jenazah ibuku. Aku dan keluarga pun kemudian mengiringi jenazah ibu untu dikebumikan. Selepas selesai urusan pengkebumian, kami punpulang ke rumah tanpa ibu lagi. Semoga roh dan jasad ibu sentiasa selamat dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Amin.

Mengenangkan kisah ibu sewaktu hidup, membuatkan aku sebak. Pemergian ibu membuatkan aku merasa terlalu kehilangan. Tapi aku redha dan tenang menghadapi semua ini. Ibuku memang insan yang paling rapat dengan diriku. Ibulah tempat aku meluahkan perasaan dan berbual-bual ketika aku pulang bercuti semasa cuti persekolahan dan universiti.Kalau aku inginkan sesuatu, aku akan memintanya dari ibuku. Aku agak segan dengan ayah dan kami jarang berbual. Entahlah aku pun tak tahu mengapa. Tapi kalau dengan ibu aku tidak segan. Itulah kehebatan seorang ibu. Sejak kematiannya, aku mula tidak berminat untuk pulang ke kampung. Aku rasa tidak bersemangat dan rasa malas hendak pulang kampung. Berbeza ketika ibu masih ada dulu. Mungkin bukan aku seorang sahaja yang merasakan begitu.

Sebenarnya aku telah berpisah dengan ibu sejak umur 6 tahun lagi ketika aku dihantar ke Sekolah Princess Elizabeth di Johor Bahru. Aku hanya pulang sewaktu cuti penggal sahaja.Begitulah seterusnya di sekolah menengah dan universiti. Aku lebih banyak di luar negeri berbanding di kampung halamanku. Jadi, sewaktu pulang ke kampung ibu selalu memasakkan masakan yang istimewa untukku. Daging ayam merupakan lauk yang istimewa bgi ibu untuk dihidangkan kep;adaku. Ibu juga selalu menghidangkan buah-buahan dan kuih-muih untukku. Pendek kata, bila aku balik kampung, perut aku sentiasa diisi dengan makanan yang dihidangkan kepadaku. Malah ibu sanggup membawa makanan tersebut di tempat tidurku dan mengharapkan aku menghabiskan semua makanan tersebut. Sebelum aku pulang semula ke tempat pengajianku, ibukulah yang membelikan itu dan ini demi memenuhi keperluan dan pemintaan biar pun kadang-kadang dia terpaksa bdrhutang dengan orang lain keranaku. Itulah pengorbanan seorang ibu. Begitulah dengan ibu, segala kepenatan dan kelelahan dan kerenah adik-beradik diceritakan kepadaku. Sewaktu aku demam, tangan kasar ibulah yang memandikan dan membasahkan kepalaku. Demi mencari nafkah dan membantu ayah, ibuku jugalah yang menoreh pokok getah dan bersawah padi untuk menanggung kami anak-beranak. Demi mencari nafkah, ayah dan ibu sanggup merantau ke sebuah tanah bukit di kuala Krai dengann menaiki bot untuk menoreh disana. Kami sering ditinggalkan demi mencari rezzeki untuk kami biar pun ia penat dan meletihkan.

Ujian ibu yang paling besar ialah melahirkan 4 orang anak yang cacat penglihatan iaitu seorang kakak, seorang abang diriku dan seorang adik lelakiku. Kami mempunyai 11 adik-beradik dan 5 daripadanya telah pun meninggal dunia sejak mereka masih kecil lagi kecuali abangku yang telah meninggal ketika berumur 26 tahun. Kini tinggallah kami enam orang adik-beradik bersama ayah meneruskan hidup di dunia ini. Baru-baru ini ayah pun telah berkahwin semula dan kami mendapat ibu tiri. Tapi kami tak kisah ayah berkahwin demi kebaikan dirinya. Biarlah ada orang yang menemaninya dan menjaga kebajikannya lantaran aku tak mampu menjalankan tanggung-jawab itu. Lagi pun, ibu tiriku tu memang baik. Mudah-mudahan ayah hidup bahagia bersama ibu tiriku. Amin.

Kesabaran dan ketabahan ibu melahirkan 4 orang anak cacat penglihatan dan kehilangan 4 orang anak yang dikasihi ketika kecil dan seorang lagi setelah dewasa mudah-mudahan Allah menggantikannya dengan syurga.

Abangku yang telah meninggal dunia ketika berumur 26 tahun merupakan permata yang tidak ternilai dalam keluarga kami. Dia seorang yang bijak dan seorang yang telah menghafaz Al-quran. Dia juga buta seperti diriku. Dia juga telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial kepujian Kelas Pertama.Pada masa yang sama dia telah menghafaz Al-quran dalam masa 7 bulan setengah sewaktu pengajiannya di Universiti Malaya. Kemudian dia melanjutkan pengajiannya di Pusat Islam. Namun begitu, dia telah mula menghadapi kesakitan di bahagian tulang belakang akibat terjatuh di dalam sebuah longkang yang akhirnya secara perlahan-lahan menjejaskan tulang belakang. Tapi aku dengar ada sebab-sebab lain lagi yang menyebabkan dia mengalami kecederaan tulang belakang. Entahlah. Sewaktu dia menyertai pertandingan menghafaz Al-quran di Kuantan Pahang, dia terpaksa dimasukkan ke hospital dan dia telah lumpuh dari pingang hingga ke kaki. Ibu dan ayah membawanya pulang untuk mendapatkan rawatan secara tradisional dengan kehendak abangku sendiri. Sejak hari itu, abangku telah lumpuh dan ibu dan ayahlah yang menjaga dan menguruskan diri abangku. Ibu dan ayahlah yang memandikkannya, mewudhukkan dan lain-lain tanpa rasa jemu dan bosan. Namun, istimewanya bangku ini walau pun dia sakit dan terlantar, dia tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca ayat suci Al-quran yang dihafaznya. Dia tidak mahu mendapat rawatan di hospital pun kerana dia kata susah hendak solat. Tuhan lebih sayangkan dirinya. Akhirnya suatu pagi hari ahad 24 Februari 1991, dia telah pergi meningalkan kami semua. Saat itu, aku terdengar abangku memanggil ibuku dalam keadaan yang tercungap-cungap. Selepas itu, datukku membacakan Surah Yasin untuknya. Pada waktu hujan mula turun sederhana lebat dan aku merasakan ada sesuatu yang akan berlaku kepada bangku. Akhirnya dia telah kembali ke rahmatullah ketika sedang membaca ayat suci Al-quran. Setelah selesai pengkebumiannya, ramai orang yang bercerita tentang abangku.Antaranya ialah:

Ramai orang yang hadhir mengatakan mereka nampak jasad abangku bercahaya dan sewaktu pengkebumiannya kuburnya kering kontang. Ini kerana di kawasan perkuburan itu selalunya terdapat banyak air. Tetapi kubur abangku kering kontang.

Abangku adalah seorang penghafaz Al-Quran. Jadi dia boleh menshafaatkan 10 orang ahli keluarganya. Itulah keistimewaannya. Itulah permata yang tidak ternilai yang Allah kurniakan kepada ibu, ayah dan kami semua. Ibu pernah menceritakan tentang kisah abangku sewaktu dia hendak dihantar bersekolah di Johor Bahru. Ramai yang menentang abangku dihantar ke sekolah. Mereka menganggap ibu dan ayah tidak sayangkan anak sehingga sanggup menghantarnya ke sana. Tapi ibu dan ayah tetap berdegil dan menghantarnya ke sekolah tersebut. Bayangkanlah kalau ibu dan ayah akur dengan orang kampung, dapatkan aku, abangku dan adikku berjaya seperti sekarang ini? Itulah pengorbanan mereka merelakan perpisahan dengan anak yang masih kecil demi kejayaan dan kebahagiaan kami.

Ibu juga pernah menceritakan bahawa dia bermimpi bahawa Arwah abangku pulang ke rumah dengan memakai jubah yang sangat cantik dan matanya telah celik dan ibu berpesan agar aku menjadi mencontohi abangku. Ibu sering berpesan agar aku tidak meninggalkan solat. Dia juga sering berpesan agar aku belajar bersungguh-sungguh sehingga ke universiti. Hasilnya pada Ogos 1999, dia sempat menyaksikan kejayaanku mendapat segulung ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial Kepujian Kelas Pertama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya dengan ditemani oleh ayah dan adik-beradikku.

Itulah coretan peristiwa pemergian ibu dan abang yang dikasihi yang aku ingin paparkan kepada kepada kalian sebagai iktibar kepada diriku dan kalian. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu kita. Berbaktilah kepadanya selagi dia masih ada bersama kita. Kini, aku hanya mampu mengiringi pemergian ibu dengan doa sahaja. Semoga dia mendapat syurga yang paling tinggi sekali. Amin.