Wednesday, December 9, 2009

Dihukum guru besar kerana bermain bola pada waktu sekolah

Dihukum guru besar kerana bermain bola pada waktu sekolah.

“Man, hantarlah bola itu kepada aku.” Pinta Faizal.

“Nah, ambil bola ini.” Balas Man sambil menendang bola itu ke arah Faizal.

Faizal meluru ke arah bunyi bola yang dibungkus beg plastik sambil menendang bola itu. Tetapi tendangannya tidak mengenai sasaran. Bola keluar padang.

“Apalah kaki bangku betul engkau Faizal. Kalau aku memang sudah gol aku tending bola tersebut.” Peril Aziz.

Azmi membuat lontaran ke dalam.

“Fakrul, engkau pergi ke arah sebelah kiri gol. Engkau dengar baik-baik bunyi bola ini.” Arah Azmi kepada Fakrul.

Azmi melontar bola tersebut tepat ke arah Fakrul. Fakrul meluru sambil menendang bola itu.

“Gol.” Jerit Fadhil yang menjadi pengadil, Fadhil seorang pelajar yang rabun. Dia masih dapat melihat pergerakan bola dan tulisan celik. Cuma jarak penglihatannya agak terhad. Dia sering menjadi pengadil perlawan bola sepak kepada kawan-kawannya yang buta.

Permainan di mulakan semula.

“Rahman.” Zafril memjerit menggil nama Rahman.

“Oi! Aku di sini.” Sahut Rahman.

“Nah, ambil bola ini, bawa naik ke atas. Perintah Zafrilsambil menendang bola itu ke arah suara Rahman.

Rahman berjaya mengambil bola itu. Dia berlari ke atas.

“Mazlan, tunggu di hadapan gol!” perintah Rahman.

“Sini, sini, sini.” Sahut Mazlan sambil berlari ke arah gol lawannya. Kedengaran tapak kaki beberapa orang pemain berlari ke arah Mazlan. Pemain lawan cuba hendak merampas bola. Mereka berrebut-rebut.

“Nah, ambil bola ini.” Perintah Rahman. Mazlan mengejar dan berjaya menendang bola itu.

“Gol! Satu sama.” Jerit Fadzil yang menjadi pengadil.

“Berhenti! Berhenti!” kedengaran suara pengetua memerintahkan mereka berhenti bermain bola.

“Siapa beri kebenaran kepada kamu semua bermain bola pada waktu sekolah.” Soal pengetua.

Semua pelajar yang bermain bola terdiam.

“Periksaan sudah tamat cikgu.”

“Oh, kamu fikir bila sudah tamat peperiksaan kamu semua boleh berbuat sesuka hatilah ya.” Marah pengetua kepada pelajar-pelajarnya.

“Sekarang kamu semua pergi ke bilik saya.” Perintah pengetua.

Mereka semua disuruh berdiri di dalam bilik pengetua.

“Kamu telah melakukan kesalahan iaitu bermain bolasepak pada waktu persekolahan. Oleh yang demikian, cikgu akan menjatuhkan hukuman kepada kamu semua.” Katanya memulakan bicara.

“Kamu semua akan dirotan sekali seorang.” Sambung pengetua.

“Selepas itu, kamu semua akan dihukum berjalan itik sebanyak 10 pusingan. Ini senua pengajaran kepada kamu. Lain kali jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri dan bermain bolasepak pada waktu persekolahan.” Nasihatnya kepada pelajar.
Semua pelajar itu telah dirotan. Mereka kemudiannya diarah berjalan itik di hadapan sekolah sebanyak 10 pusingan dalam keadaan yang panas terik.

Thursday, September 17, 2009

Kisah Bermain Mercun di Sekolah

Bermain mercun di sekolah.

Petang ahad itu, Fakrul dan Azmi keluar ke kedai berdekatan dengan sekolah menengah pendidikan khas setapak untuk membeli juadah berbuka puasa. Sememangnya semua pelajar dibenarkan keluar ke kedai berdekatan sekolah untuk membeli juadah berbuka puasa dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Jadi kesempatan seumpama ini diambil oleh kebanyakan dari pelajar untuk membeli juadah berpuka puasa walaupun pihak sekolah menyediakan makanan untuk mereka.

“Mi, jum kita pergi ke kedai runcit Mamak di seberang jalan.” Ajak Fakrul.

“Engkau hendak buat apa pergi ke sana? Jauhlah. Balas Azmi enggan.

“Di situ ada jual mercun. Aku teringin hendak bermain mercunlah.” Jelas Fakrul menyampaikan hasratnya.

“Engkau hendak bermain mercun! Aku tidak beranilah. Kalau cikgu tahu nahas kita.” Balas Azmi enggan.

“Ah! Pandai-pandailah. Penakutlah engkau Mi.” balas Fakrul dengan nada mengejek.

“Oi kawan mulut jaga sedikit. Engkau fikir aku ini penakutkah. Silaplah. Baiklah mari kita pergi sekarang.” Sahut Azmi bersungguh-sungguh. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Fakrul. Mereka pun berjalanlah menggunakan tongkat bersama-sama. Sampai di kedai runcit tersebut mereka disapa oleh pekerja di kedai runcit itu.

“Adik mahu beli apa?” soalnya ringkas.

“Abang, saya mahu beli mercun.” Balas Fakrul dengan selamba.

“Mahu beli mercun apa?” soal pekerja itu ingin tahu.

“Abang boleh tunjukkan kepada saya mercun apa yang ada?” pinta Azmi.

Pekerja itu membawa Azmi dan Fakrul ke tempat mercun diletakkan.

“Ini mercun katak, ini mercun roket, ini mercun telur, ini mercun lidi, ini mercun padi.” Pekerja memberitahu mereka sambil menunjukkan kepada mereka dengan memberi peluang kepada mereka menyentuh dan memegang mercun-mercun tersebut.

“Aku rasa hendak membeli mercun lidi dan mercun kataklah.” Sahut Fakrul memberi cadangan.

“Baiklah aku setuju. Tetapi engkau bayarlah ya.” Azmi bersetuju.

“Boleh tidak ada masalah.” Balas Fakrul.

Setelah membayar harga mercun tersebut. Dia menyimpan mercun itu di dalam bajunya. Dia takut kalau sesiapa ternampak dia membeli mercun. Sampai saja di sekolah dia terus menyampan mercun itu di bawah longgokkan kain bajunya di dalam almari.

“Bila kita hendak memula operasi?” tanya Azmi kepada Fakrul.

“Malam ini sewaktu pelajar-pelajar bersemgahyang tarawih.” Balas Fakrul.

Mereka tidak sabar lagi untuk meletupkan mercun yang mereka beli petang tadi.

“Marilah kita pergi bermain mercun di belakang bangunan baru.” Ajak Fakrul.

“Aku berharap tidak ada siapa yang nampak kita bermain mercun.” Balas Azmi.

“Mercun mana yang hendak kita letupkan dahulu?” soal Fakrul.

“Aku rasa mercun kataklah aku suka dengar bunyi letupannya yang berdas-das itu.” Balas Azmi.

“Nah, engkau ambil satu. Mari kita letupkan serentak.” Ajak Fakrul sambil menghulurkan sepapan mercun katak kepada Azmi.

Mereka pun membakar sumbu mercun menggunakan pemetik api. Apabila mereka meneengar bunyi sumbu terbakar, cepat-cepat mereka membaling mercun itu ke lantai.

“Kita berjaya! Kita berjaya!” jerit Azmi dan Fakrul serentak dengan suara yang girang sekali.

“Sekarang mari kita bakar mercun lidi pula.” Ajak Fakrul. Sambil menghulurkan sebatang mercun lidi kepada Azmi. Mereka mencacakkan mercun tersebut di atas tanah lalu membakarnya. Apabila terdengar bunyi sumbu terbakar, mereka cepat-cepat menjauhkan diri dari mercun tersebut. Mercun itu terbang dan meletup.

“Wah, hebatlah mercun ini. Dia terbang tinggi dan meletup.” Jerit Fakrul kegembiraan.

Mereka membakar mercun yang ada satu demi satu sehingga habis. Nasib baik tidak ada guru atau kakitangan asrama yang menyaksikan perbuatan mereka.

Thursday, September 3, 2009

Ditangkap guru kerana ponteng kelas malam

Ditangkap guru waden kerana ponteng kelas malam.
“Amir! Engkau tidak pergi ke kelas malamkah hari ini?” sapa Hamid apabila terlanggar Amir yang sedang berdiri di katilnya.

“Aku rasa malaslah hendak pergi hari ini aku rasa letih sangat. Lagi pun aku bosanlah tidak semangat langsung hendak belajar hari ini.”

“Yalah aku pun sama seperti engkau.” Sampuk Taufik selamba.

“Eh engkau pun ponteng juga kelas malam hari ini Taufik?” ujar Amir terkejut.

“Aku harap kamu berdua tidak membuat bising. Sekarang ini guru warden mungkin tengah buat rondaan.” Nasihat Taufik kepada dua rakannya.

Amir berdegil. Dia mundar-mandir di luar asrama.

“Siapa yang masih berlegar-legar di atas asrama itu? Turun pergi ke kelas. Jangan cuba hendak ponteng kelas malam.” Jerit cikgu Zakiah dari bawah. Dia merupakan guru warden yang bertugas pada hari itu.

Amir pun cepat-cepat memasuki asrama supaya tidak dilihat oleh cikgu Zakiah. “oi turun! Turun! Jangandegil.” Jerit cikgu Zakiah dengan suara yang lantang.

“Bodohlah engkau Amir. Aku sudah nasihatkan engkau bahawa guru warden sedang membuat rondaan. Engkau tengok apa sudah jadi?” marah Hamid kepada Amir.

“Aku panaslah sebab itulah aku keluar dari asrama. Aku fikir Cikgu Zakiah tidak akan dapat melihat aku sebab lampu semua sudah ditutup.” Terang Amir mempertahankan dirinya. Amir seorang pelajar buta yang nampak sedikit hanya baying-bayang. Dia masih nampak cahaya lampu. Dia masih dapat membezakan siang dan malam.

“Jadi, kita hendak turun atau tidak?” bisik Amir kepada rakan-rakannya.

“Akutidak mahu turun.” Balas Hamid.

“Aku pun tidak mahu turun. Cikgu Zakiah tidak nampak aku dan Hamid. Dia nampak engkau seorang sahaja. Baik engkau turun.” Balas Taufikengan.

“Ah! Aku pun tidak mahu turun. Aku rasa Cikgu Zakiah tidak kenal muka aku.” Balas Amir membantah.

“Sekarang siapa yang berada di atas asrama turun. Kalau tidak cikgu akan naik mencari kamu.” Perintah Cikgu Zakiah dengan nada suara marah.

“Turun sekarang. Kalau tidak saya naik ke atas.

“Baiklah kalau kamu tidak mahu turun saya naik sekerang.” Tambah Cikgu Zakiah lagi sambil menaiki tangga asrama.

“Mari kita cepat-cepat menyorok dalam almari. Perintah Taufik kepada rakan-rakannya.

Mereka semua masuk ke dalam almari masing-masing dan menutup pintu. Tetapi malangnya Amir tidak sempat untuk berbuat demikian.

“Oh kamu ya Amir ponteng kelas malam.” Jerkah Cikgu Zakiah.

“Maafkan saya cikgu.” Balas Amir tergagap-gagap.

“Siapa lagi kawan-kawan kamu yang ponteng kelas malam ini?” soal cikgu zakiah.

Amir mendiamkan diri.

Taufik terdengar bunyi tapak kaki menuju ke almari tempat dia menyorok. Tiba-tiba pintu almari itu terbuka. Taufik melompat keluar dan cepat-cepat mengambil seliparnya berlari keluar dari asrama untuk pergi ke kelas.

“Oh, kamu Taufik bersembunyi di dalam almari. Mengapa kamu semua malas sangat hendak pergi kelas malam. Pemalas! Kalau kamu bodoh jangan salahkan cikgu”. Kita sudah beri peluang kepada kamu untuk belajar kamu tidak manfaatkan. Leter cikgu Zakiah dengan marah.

“Apa lagi kamu Amir pergi kelas sekarang.” Perintah cikgu Zakiah kepada Amir yang berdiri kaku di hadapannya. Pada waktu itu Taufik sudah menuruni tangga asrama dan cepat-cepat pergi ke kelas.

“Celaka betul Amir!” maki Taufik setelah sampai di kelas.

“Kenapa Taufik?” tanya Maznor kehairanan.

“Tadi aku ponteng kelas malam. Bila cikgu Zakiah buat rondaan dia ternampak Amir di atas asrama. Dia pun naik atas. Aku dan Hamid menyorok dalam almari. Amir tidak sempat. Dia sudah kena tangkap dengan cikgu, dia pula buka almari tempat aku menyorok.” Jelas Taufik meradang.

“Siapa suruh kamu ponteng kelas malam. Padan muka kamu. Tidak payah salahkan orang lain salahkan diri kamu sendiri.” Tiba-tiba cikgu Zakiah bersuara marah.

Taufik terkejut. Dia menuju ke tempat duduknya dengan perasaan malu dan meradang kepada Amir. Semetara itu, Hamid terlepas kerana cikgu Zakiah tidak tahu dia ponteng kelas dan menyorok di dalam almari.

Monday, August 24, 2009

Tidur dalam kelas 3.
“Perhatian semua, kelas,” suara ketua tingkatan enam sastera dua yang kuat menyebabkan semua pelajar terdiam.

“Hari ini cikgu Ali tidak masuk dalam kelas sebab dia ada tugas luar. Kamu semua boleh buat kerja sendiri. Jangan buat bising.” Ujar ketua kelas.

Fakrul tersenyum.

“Inilah peluang aku hendak tidur. Mengantuk sangatlah.” Bisiknya dalam hati.

Dia pun lantas meletakkan mukanya Ke atas meja . Dia mulai tidur

“Eh Aziz, cuba engkau lihat Fakrul selalu sahaja tidur dalam kelas. Cikgu mengajar, cikgu tidak mengajar, dia selamba sahaja tidur dalam kelas.Geramlah, menyampahlah aku temgok perangai dia. “ Fahmi memulakan perbualannya dengan Aziz dan Zafri

“Yalah. Engkau ingat tidak hari semalam, Cikgu Fauziah tanya aku soalan, aku tidak boleh menjawabnya. Tetapi Fakrul yang tidur pula boleh menjawab dengan betul. Hairanlah aku dengan dia. Bijak betul dia. Malu aku.” Balas Zafri.

“Aku kagum dengan Fakrul dia buta, tetapi bijak. Walaupun dia tidur dalam kelas dia sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Tidak seperti kita, celik, jarang tidur dalam kelas tetapi tidak menandingi kehebatan dia.” Ujar Aziz.

“Mengapa dia suka tidur dalam kelas ya?.” Soal Zafri keapda Aziz dan Fahmi.

“Aku pun tak pastilah. Tetapi aku pernah juga bertanya kepada Fakrul tentang tabiat suka tidur dalam kelas. Dia menjelaskan bahawa dia bukan sengaja hendak tidur dalam kelas. Dia sudah berusaha sedaya upaya untuk tidak tidur. Tetapi dia tidak berupaya. Dia memberitahu aku bahawa orang buta memang mudah tertidur sebab dia tidak dapat melihar apa yang dilakukan orang lain. Jadi, matanya tidak diaktifkan. Jadi, dia akan cepat rasa mengantuk. Soalan yang sama aku Tanya pada tiga orang kawan kita yang buta. Pun jawabannya sama”. Terang Aziz.

“Kita yang celik tidak mengapa. Kalau kita rasa bosan cikgu mengajar, kita boleh tengok apa sahaja yang kita ingin lihat. Dia tidak boleh. Jadi mata kita sentiasa aktif dan tidak mengantuk.” Sambung Aziz lagi.

“Betul juga apa yang engkau katakana itu, tetapi aku lihat antara empat orang pelajar buta di kelas kita ini, Fakrullah yang paling banyak tidur dalam kelas. Memyampah aku.” Protes Fahmi dengan nada tidak puas hari.

“Yalah” memanglah dia suka tidurdi dalam kelas, tetapi dia rajin belajar. Dia beritahu aku bahawa dia selalu membuat ulangkaji di asrama.” Jelas Aziz membela Fakrul.

“Ha satu perkara lagi! Aku selalu tengok dia sering dipinping oleh pelajar perempuanlah. Cemburunya aku setiap hari ada saja pelajar perempuan yang mempinnya ke mana-mana dia hendak pergi. Kadang-kadang ada sahaja pelajar perempuan yang datang berbual-bual dengan dia.” Fahmi melahirkan perasaan cemburunya kepada Fakrul.

“Hai mestilah. Diakan pelajar yang bijak, kacak pula. Lagi pub pelajar perempuan lebih suka menolong berbanding dengan pelajar lelaki. Emgkau pernah tolong dia? Aku rasa jarang sangat”. Balas Aziz selanba. Nerah juga telinga Fahmi dam Zafri mendengannya. Memang benar kata-kata Aziz.

“Mengapa engkau asyik hendak membela Fakrul, dia beri engkau upahkah?” Tanya Zafri meradang.

“Bukan begitu. Aku hanya memberitahu apa yang benar. Dengan Fakrul pun emgkau hendak cemvurukah? Sepatutnya rmgkau berdua menghormati dan mencontohinya. Kalau begitu aku pergi dahululah. Buang masa aku berbual denga kamu berdua. Baik aku buat ulangkaji.” Ujar Aziz kepada dua orang rakannya dengan nada marah bercampur kecewa. Dia pun pergi ke tempat duduknya.

“Zafri! Bagaimana kalau kita ajar si Fakrul engkau setuju atau tidak?” soal Fahmi kepada Zafri.

“Bagaimana?” bbalas Zafri.

“Aku ada satu idea.”

“Idea!” Zafri semakin ingin tahu.

“Diakan buta. Senang sahaja kita tipu dia. Engkau suruh semua pelajar bangun. Konon-kononnya cikgu masuk kelas. Fakrul sedang tidur sekarang. Mesti dia tersentak dan berdiri. Engkau berpura-pura jadi ketua kelas.” Terang Fahmi.

“Bagus idea engkau. Sekarang kita lakukan. Sokong Zafri riang.

“Bangun semua. Selamat pagi cikgu” suara Zafri memberi arahan dan ucapan kepada guru.

Fakrul yang sedang tidur tersentak danlantas berdiri tegak dan mengucapkan selamat pagi kepada guru. Sangkanya ada guru masuk. Maklumlah dia sedang tidur. Semua murid tingkatan enam itu ketawa terbahak-bahak. Paling kuat suara Zafri dan Fahmi. Mereka ketawa sepuas-puasnya.

“Celaka sungguh budak-budak itu. Mereka mempermain-mainkan aku. Mentang-mentanglah aku ini buta, mereka buat aku seperti ini”. Keluh Fakrul kesal dan seedih.

“Mengapa mereka buat begini kepada diri aku? Apa salah aku kepada mereka?”. Keluhnya lagi.

Tetapi Fakrul sedar bahawa perkara tersebut berlaku kerana kesilapannya juga yang sering tidur dalan kelas.

“Kalau aku tidak tidur tadi, sudah tentu mereka tidak dapat menipu aku. Kalau ada guru masuk mesti aku dengar bunyi suara atau tapak kakinya. Paling kurang pun aku boleh pastikan demgam rakan sebelah. Rungut Fakrul kesal.

Wednesday, August 5, 2009

Kisah tidur dalam kelas

Tidur dalam kelas: 2
Puan Fauziah sedang mengajar matapelajaran sejarah di tingkatan enam sastera dua. Semua pelajar sedang memberi tumpuan kepada cikgu Fauziah yang sedang sibuk mengajar.

“Baiklah murid-murid, seperti mana yang kamu tahu, Negara cina merupakan sebuah Negara yang besar. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan. Tetapi kamu tahu tidak, di manakah pusat pentadbiran Negara cina semasa pemerintahan dinasti Manchu.” Soal cikgu Fauziah kepada murid di dalam kelasnya.

Waktu itu, Fakrul sudah lama tersengguk-sengguk. Dia begitu mengantuk sekali. Suara cikgu Fauziah sayup-sayup sajaha didengarnya.

“Farid cuba kamu jawab soalan yang saya Tanya?” soal cikgu Fauziah.

Farid bangun sambil menjawab;

“Yang Tsi Kiang cikgu.”

“Salah tu Farid.” Balas cikgu Fauziah.

“Nora kamu pula.” Soal cikgu Fauziah.

“Saya tak ingatlah cikgu.” Jawab Nora.

“Itu pun kamu tidak tahu. Soalan yang mudah itu pun kamu tidak boleh menjawabnya.” Balas cikgu Fauziah dengan nada yang marah.

“Zafri cuba kamu jawab soalan saya tadi.”

“Saya pun tak ingat cikgu.” Jelas Zaifri.

“Sya hairanlah kamu semua ini, soalan yang mudah pun kamu tidak boleh menjawabnya. Apa yang kamu buat di rumah. Tak baca bukukah. Buku sejarah cina berlambak-lambak bacalah. Takkan dah besar pun tidak boleh hendak berfikir. Bilalah kamu semua ini hendak berubah?” leter cikgu Fauziah.

Fakrul tersengguk-sengguh. Ada sekali dia tersengguk sehingga kepalanya terkena mesin brial di hadapannya.

“Aduh!” dia kesakitan. Tetapi dia tetap tersengguk-sengguk. Tiba-tiba dia tersengguk-sengguk hingga kepalanya terkena birai meja. Dia terkejut dan kesakitan. Cepat-cepat diangkat kepalanya. Tetapi dia belum mampu menghilangkan mengantuknya. Semua itu berlaku sewaktu Cikgu Fauziah bersoal jawab dengan murid-muridnya berkenaan dengan di manakah pusat pentadbiran Negara cina semasa pemerintahan dinasti Manchu.

“Fakrul cuba kamu jawab soalan saya.” Ujar cikgu Fauziah dengan suara yang tegas.

Fakrul tersentak dan terkejut. Dia bangun dengan selamba dia menjawab;

“Peking cikgu.”

“Beul jawapan kamu.” Balas cikgu Fauziah. dia menyambung lagi.

“Tngok, saya nampak tadi dia tidur. Sebab itulah saya Tanya dia. Saya nampak tadi dia tidur tersengguh-senguh sampai ke pusat.” Semua murid ketawa.

“Tapi dia boleh jawab dengan betul. Orang yang tidur pun boleh jawab soalan dengan betul. Mengapa kamu semua tidak boleh?” murid-murid semua terdiam. Fakrul terasa mslu dengan kata-kata cikgu fauziah. Tetapi bangga kerana berjaya menjawab soalan tersebut walaupun dia mengantuk.

Zamzuri Ghani sent you a private message on Infoaxe - please respond

Zamzuri Ghani
Zamzuri Ghani has added you as a friend
Is Zamzuri Ghani your friend?
Click Yes if Zamzuri Ghani is your friend, otherwise click No. But you have to click!


Please respond or Zamzuri Ghani may think you said no :(

Click here to block all emails from Infoaxe Inc., Sunnyvale, CA. 94085. Privacy Policy

Monday, July 20, 2009

Inilah profil berkenaan diri saya.

BUTIR-BUTIR PERIBADI
Nama: Zamzuri bin Ghani.
Tarikh Lahir: 24 Mei 1975.
Jantina: lelaki.
Asal: Pasir Mas Kelantan.
Jenis kecacatan: Penglihatan.
Tempat tinggal sekarang: Gombak Selangor.
E-mail: zamzurighani@gmail.com
No.tel: 0361869700
No.tel bimbit: 0193869700.
Tahap Pendidikan tertinggi: Sarjana Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Status: Bujang.
Pekerjaan sekarang: Kaunselor/motivator.
Kemahiran yang dimiliki: Memberi ceramah motivasi, Menjalankan sesi Kaunseling individu dan kelompok, mengurut refleksologi dan seluruh badan, “internal energy healing”.
Aktiviti lain: Menyambung pengajian dalam doctor falsafah (PhD) pengkhususan Kaunseling, berkhidmat sebagai Bendahari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Menuntut ilmu keagamaan dengan Sheikh Fuad bin HJ Kamaluddin Yayasan Sofa).