Thursday, September 17, 2009

Kisah Bermain Mercun di Sekolah

Bermain mercun di sekolah.

Petang ahad itu, Fakrul dan Azmi keluar ke kedai berdekatan dengan sekolah menengah pendidikan khas setapak untuk membeli juadah berbuka puasa. Sememangnya semua pelajar dibenarkan keluar ke kedai berdekatan sekolah untuk membeli juadah berbuka puasa dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Jadi kesempatan seumpama ini diambil oleh kebanyakan dari pelajar untuk membeli juadah berpuka puasa walaupun pihak sekolah menyediakan makanan untuk mereka.

“Mi, jum kita pergi ke kedai runcit Mamak di seberang jalan.” Ajak Fakrul.

“Engkau hendak buat apa pergi ke sana? Jauhlah. Balas Azmi enggan.

“Di situ ada jual mercun. Aku teringin hendak bermain mercunlah.” Jelas Fakrul menyampaikan hasratnya.

“Engkau hendak bermain mercun! Aku tidak beranilah. Kalau cikgu tahu nahas kita.” Balas Azmi enggan.

“Ah! Pandai-pandailah. Penakutlah engkau Mi.” balas Fakrul dengan nada mengejek.

“Oi kawan mulut jaga sedikit. Engkau fikir aku ini penakutkah. Silaplah. Baiklah mari kita pergi sekarang.” Sahut Azmi bersungguh-sungguh. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Fakrul. Mereka pun berjalanlah menggunakan tongkat bersama-sama. Sampai di kedai runcit tersebut mereka disapa oleh pekerja di kedai runcit itu.

“Adik mahu beli apa?” soalnya ringkas.

“Abang, saya mahu beli mercun.” Balas Fakrul dengan selamba.

“Mahu beli mercun apa?” soal pekerja itu ingin tahu.

“Abang boleh tunjukkan kepada saya mercun apa yang ada?” pinta Azmi.

Pekerja itu membawa Azmi dan Fakrul ke tempat mercun diletakkan.

“Ini mercun katak, ini mercun roket, ini mercun telur, ini mercun lidi, ini mercun padi.” Pekerja memberitahu mereka sambil menunjukkan kepada mereka dengan memberi peluang kepada mereka menyentuh dan memegang mercun-mercun tersebut.

“Aku rasa hendak membeli mercun lidi dan mercun kataklah.” Sahut Fakrul memberi cadangan.

“Baiklah aku setuju. Tetapi engkau bayarlah ya.” Azmi bersetuju.

“Boleh tidak ada masalah.” Balas Fakrul.

Setelah membayar harga mercun tersebut. Dia menyimpan mercun itu di dalam bajunya. Dia takut kalau sesiapa ternampak dia membeli mercun. Sampai saja di sekolah dia terus menyampan mercun itu di bawah longgokkan kain bajunya di dalam almari.

“Bila kita hendak memula operasi?” tanya Azmi kepada Fakrul.

“Malam ini sewaktu pelajar-pelajar bersemgahyang tarawih.” Balas Fakrul.

Mereka tidak sabar lagi untuk meletupkan mercun yang mereka beli petang tadi.

“Marilah kita pergi bermain mercun di belakang bangunan baru.” Ajak Fakrul.

“Aku berharap tidak ada siapa yang nampak kita bermain mercun.” Balas Azmi.

“Mercun mana yang hendak kita letupkan dahulu?” soal Fakrul.

“Aku rasa mercun kataklah aku suka dengar bunyi letupannya yang berdas-das itu.” Balas Azmi.

“Nah, engkau ambil satu. Mari kita letupkan serentak.” Ajak Fakrul sambil menghulurkan sepapan mercun katak kepada Azmi.

Mereka pun membakar sumbu mercun menggunakan pemetik api. Apabila mereka meneengar bunyi sumbu terbakar, cepat-cepat mereka membaling mercun itu ke lantai.

“Kita berjaya! Kita berjaya!” jerit Azmi dan Fakrul serentak dengan suara yang girang sekali.

“Sekarang mari kita bakar mercun lidi pula.” Ajak Fakrul. Sambil menghulurkan sebatang mercun lidi kepada Azmi. Mereka mencacakkan mercun tersebut di atas tanah lalu membakarnya. Apabila terdengar bunyi sumbu terbakar, mereka cepat-cepat menjauhkan diri dari mercun tersebut. Mercun itu terbang dan meletup.

“Wah, hebatlah mercun ini. Dia terbang tinggi dan meletup.” Jerit Fakrul kegembiraan.

Mereka membakar mercun yang ada satu demi satu sehingga habis. Nasib baik tidak ada guru atau kakitangan asrama yang menyaksikan perbuatan mereka.

No comments:

Post a Comment