Thursday, January 28, 2010

Kepentingan Bahasa Badan

Bahasa badan menjadi suatu subjek yang penting yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek bahasa yang lain. Kerana bahasa badan itu lahir secara benar dan berlaku secara benar. Pendek kata, apa kita tuturkan selalunya tidak menggambarkan dengan tepat apa yang ingin kita sampaikan.
Pengetahuan mengenai bahasa badan berguna untuk melancarkan perjalanan komunikasi.
Ia membantu seseorang memahami orang yang berbual dengan kita.
Belajar membaca bahasa badan membantu seseorng untuk membaca gerak-geri dan memahami seseorang itu luar dan dalam.
Belajar mengawal bahasa badan diri sendiri bagi membantu seseorang itu berkomunikasi dengan lebih efektif.
Mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.
Melalui pergerakan badan ini juka kita boleh mengenali mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang.Antara contohnya mesej yang boleh dikenal pasti melalui bahasa badan :
=>Berpeluk tubuh : boleh jadi negatif, tidak selesa,bosan.
=>Berpalang kaki : boleh jadi negatif, tidak selesa.
=>Mengalih kaki : Tension, stress.
=>Memulas tangan-tangan : Kekecewaan,tidak berpuas hati, tidak selesa
=>Tangan di belakang kepala :Amat yakin. Boleh dibanggakan.
=>Bersandar ke belakang : Boleh jadi negatif.
=>Duduk ke hadapan : Menunjukkan minat.
=> Menggigit jari : Penipuan, menahan.
=> Menaikkan kening:Kehairanan. Terkejut. Kejutan. Disertai dengan satu anggukan,
adalah sapaan.
=>Tersenyum dengan satu kening dinaikkan: tidak percaya.
=> Ambivalen dengan satu kening menaikkan:Terkejut. Ketidakpercayaan. angkuh.
=>Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat kepada orang tersebut ataupun penerimaan.
=>Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang yang badan anda berhadap.

Posted by HARMONICA at 12:38 PM

Apa pandangan anda setelah membaca artikel ini. Artikel ini saya ambil dalam internet untuk tatapan pembaca blog saya. Bahasa badan memang penting dalam komunikasi kita dengan orang lain. Namun begitu, bagi saya dan rakan-rakan yang buta, membaca bahasa badan memanglah amat sukar kerana tidak nampak bahasa badan yang ditunjukkkan oleh seseorang. Tetapi bagi mereka yang rabun, mereka masih boleh melihat bahasa badan yang ditunjukkan oleh seseorang. Oleh bagi orang yang buta, penumpuan kepada nada suara adalah sangat penting sewaktu berkomunikasi untuk mengetahui situasi orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. Melalui pendengaran nada suara serta apa yang diungkapkan secara cekap dan tepat, kita juga sebenarnya masih boleh mendengar beberapa bahasa badan mereka tetapi mestilah disusuli dengan penumpuan terhadap suara mereka. Misalnya kalau orang yang bercakap itu mendongak, kmelalui pendengaran suaranya kita tahu dia mendongak atau tunduk sewaktu bercakap dengan kita. Adakalanya kita boleh mendengar perbuatannnya misalnya apabila mengetuk-ngetuk pen di kerusi, menghentak-hentakkan kaki dan sebagainya. atau mejaTetapi tanpa suara mereka kita tidak mampu mengenal pasti bahasa badan yang ditunjukkan. Oleh itu, pentingnya kita bertul-betul fokus dengan suara orang yang bercakap dengan kita.

Mengetahui bahasa badan amat penting bagi sesorang. Ini kerana dalam berkomunikasi kita perlu menyesuaikan bahasa badan kita sewaktu berkomunikasi dengan orang lain. Walau anda buta, anda harus tahu menyesuaikan bahasa badan anda dengan situasi komunikasi anda. Ingatlah orang sentiasa memerhatikan kita. Jangan anggap kita buta, kita tidak diperhatikan dan dipedulikan.
Oleh yang demikian, jagalah bahasa badan anda.
Teruskan pembacaan anda dalam artikel seterusnya tentang bahasa badan di bawah ini.


Jaga-jaga bahasa badan
Yang manakah yang lebih dapat kita per-
cayai; apa yang diucapkan oleh mulut atau
yang diucapkan oleh badan? Menurut pakar,
apa yang diucapkan oleh bahasa badan lebih
menggambarkan perasaan sebenar.
Dengan membaca bahasa badan
seseorang, kita dapat mengetahui sama ada
apa yang kita percakapkan diterima dengan
positif atau negatif; sama ada orang itu bersi-
kap terbuka atau defensif; bosan atau ber-
pura-pura minat.
Dengan membaca bahasa badan
seseorang, kita dapat mengetahui ;
Bila kita mesti mengubah
sikap dan bahan percakapan
kita
Bila kita patut berhenti ber-
cakap
Bila kita perlu buat sesuatu
yang lain sama sekali
Setiap kali kita membaca bahasa badan
seseorang, kita ada empat pilihan:
Jangan hiraukan apa yang kita baca
Kita boleh menirunya
Sesuaikan bahasa badan kita
kepada bahasa badannya atau
Cuba memulakan bahasa badan
yang lain sama sekali
Menurut pakar, kita hanya mempunyai
empat minit untuk menentukan diri kita
disukai atau dibenci oleh orang baru per-
tama kali bertemu kita. Mari kita periksa
bahasa badan kita.
Senyuman - Senyuman yang jujur
merekah berkali-kali dan tepat
pada masanya. Senyuman yang
palsu sama ada meleret panjang
atau cepat hilang. Ciri utama
senyuman palsu ialah bibir kita
tidak terbuka dan gigi kita terso-
rok.
Mata - Semak apakah mata kita
mengatakan kita bersikap positif,
yakin, berminat, berani, bosan atau
benci? Ingat orang boleh membaca apa yang
ada dalam fikiran kita hanya dengan membaca
muka kita dan melihat pergerakkan mata.
Mengetahui bahasa badan seseorang secara umum.
Seseorang yang berasa dirinya lebih dominan, tinggi
dan berkuasa daripada kita, akan melakukan ciri-
ciri bahasa badan berikut:
Bercekak pinggang
Tidak cepat menjawab
Kalau kita duduk, dia berdiri
Memberi jawapan ‘mm…mm..’.
Seseorang yang berasa lemah, bimbang dan resah
apabila bercakap dengan kita akan menunjukkan
ciri-ciri bahasa badan seperti berikut:
Meramas-ramas tangan
Menyentuh muka
Tunduk
Tidak mahu menentang mata kita
Meraba-raba tengkuk
Mata tidak berkelip-kelip
Jari-jari tidak boleh diam
Orang yang tidak setuju, benci dan tidak yakin den-
gan percakapan kita, akan melakukan ciri-ciri ba-
hasa badan berikut:
Membuka cermin mata
Menggeleng-geleng
Menuding
Bibir berketap
Mengecilkan mata
Dagu ke depan
Menyilang kaki
Memeluk tubuh
Mengerutkan dahi
Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa bahasa
badan hanyalah sebagai indikator sahaja. Iaitu cara mu-
dah untuk memahami seseorang. Yang penting ialah
untuk kita membaiki cara komunikasi dan bukannya
melabel seseorang. Semoga pendedahan ini membantu
semua dalam meningkatkan interaksi positif dalam or-
ganisasi mahupun dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment