Wednesday, December 9, 2009

Dihukum guru besar kerana bermain bola pada waktu sekolah

Dihukum guru besar kerana bermain bola pada waktu sekolah.

“Man, hantarlah bola itu kepada aku.” Pinta Faizal.

“Nah, ambil bola ini.” Balas Man sambil menendang bola itu ke arah Faizal.

Faizal meluru ke arah bunyi bola yang dibungkus beg plastik sambil menendang bola itu. Tetapi tendangannya tidak mengenai sasaran. Bola keluar padang.

“Apalah kaki bangku betul engkau Faizal. Kalau aku memang sudah gol aku tending bola tersebut.” Peril Aziz.

Azmi membuat lontaran ke dalam.

“Fakrul, engkau pergi ke arah sebelah kiri gol. Engkau dengar baik-baik bunyi bola ini.” Arah Azmi kepada Fakrul.

Azmi melontar bola tersebut tepat ke arah Fakrul. Fakrul meluru sambil menendang bola itu.

“Gol.” Jerit Fadhil yang menjadi pengadil, Fadhil seorang pelajar yang rabun. Dia masih dapat melihat pergerakan bola dan tulisan celik. Cuma jarak penglihatannya agak terhad. Dia sering menjadi pengadil perlawan bola sepak kepada kawan-kawannya yang buta.

Permainan di mulakan semula.

“Rahman.” Zafril memjerit menggil nama Rahman.

“Oi! Aku di sini.” Sahut Rahman.

“Nah, ambil bola ini, bawa naik ke atas. Perintah Zafrilsambil menendang bola itu ke arah suara Rahman.

Rahman berjaya mengambil bola itu. Dia berlari ke atas.

“Mazlan, tunggu di hadapan gol!” perintah Rahman.

“Sini, sini, sini.” Sahut Mazlan sambil berlari ke arah gol lawannya. Kedengaran tapak kaki beberapa orang pemain berlari ke arah Mazlan. Pemain lawan cuba hendak merampas bola. Mereka berrebut-rebut.

“Nah, ambil bola ini.” Perintah Rahman. Mazlan mengejar dan berjaya menendang bola itu.

“Gol! Satu sama.” Jerit Fadzil yang menjadi pengadil.

“Berhenti! Berhenti!” kedengaran suara pengetua memerintahkan mereka berhenti bermain bola.

“Siapa beri kebenaran kepada kamu semua bermain bola pada waktu sekolah.” Soal pengetua.

Semua pelajar yang bermain bola terdiam.

“Periksaan sudah tamat cikgu.”

“Oh, kamu fikir bila sudah tamat peperiksaan kamu semua boleh berbuat sesuka hatilah ya.” Marah pengetua kepada pelajar-pelajarnya.

“Sekarang kamu semua pergi ke bilik saya.” Perintah pengetua.

Mereka semua disuruh berdiri di dalam bilik pengetua.

“Kamu telah melakukan kesalahan iaitu bermain bolasepak pada waktu persekolahan. Oleh yang demikian, cikgu akan menjatuhkan hukuman kepada kamu semua.” Katanya memulakan bicara.

“Kamu semua akan dirotan sekali seorang.” Sambung pengetua.

“Selepas itu, kamu semua akan dihukum berjalan itik sebanyak 10 pusingan. Ini senua pengajaran kepada kamu. Lain kali jangan pandai-pandai buat keputusan sendiri dan bermain bolasepak pada waktu persekolahan.” Nasihatnya kepada pelajar.
Semua pelajar itu telah dirotan. Mereka kemudiannya diarah berjalan itik di hadapan sekolah sebanyak 10 pusingan dalam keadaan yang panas terik.

No comments:

Post a Comment