Wednesday, August 5, 2009

Kisah tidur dalam kelas

Tidur dalam kelas: 2
Puan Fauziah sedang mengajar matapelajaran sejarah di tingkatan enam sastera dua. Semua pelajar sedang memberi tumpuan kepada cikgu Fauziah yang sedang sibuk mengajar.

“Baiklah murid-murid, seperti mana yang kamu tahu, Negara cina merupakan sebuah Negara yang besar. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan. Tetapi kamu tahu tidak, di manakah pusat pentadbiran Negara cina semasa pemerintahan dinasti Manchu.” Soal cikgu Fauziah kepada murid di dalam kelasnya.

Waktu itu, Fakrul sudah lama tersengguk-sengguk. Dia begitu mengantuk sekali. Suara cikgu Fauziah sayup-sayup sajaha didengarnya.

“Farid cuba kamu jawab soalan yang saya Tanya?” soal cikgu Fauziah.

Farid bangun sambil menjawab;

“Yang Tsi Kiang cikgu.”

“Salah tu Farid.” Balas cikgu Fauziah.

“Nora kamu pula.” Soal cikgu Fauziah.

“Saya tak ingatlah cikgu.” Jawab Nora.

“Itu pun kamu tidak tahu. Soalan yang mudah itu pun kamu tidak boleh menjawabnya.” Balas cikgu Fauziah dengan nada yang marah.

“Zafri cuba kamu jawab soalan saya tadi.”

“Saya pun tak ingat cikgu.” Jelas Zaifri.

“Sya hairanlah kamu semua ini, soalan yang mudah pun kamu tidak boleh menjawabnya. Apa yang kamu buat di rumah. Tak baca bukukah. Buku sejarah cina berlambak-lambak bacalah. Takkan dah besar pun tidak boleh hendak berfikir. Bilalah kamu semua ini hendak berubah?” leter cikgu Fauziah.

Fakrul tersengguk-sengguh. Ada sekali dia tersengguk sehingga kepalanya terkena mesin brial di hadapannya.

“Aduh!” dia kesakitan. Tetapi dia tetap tersengguk-sengguk. Tiba-tiba dia tersengguk-sengguk hingga kepalanya terkena birai meja. Dia terkejut dan kesakitan. Cepat-cepat diangkat kepalanya. Tetapi dia belum mampu menghilangkan mengantuknya. Semua itu berlaku sewaktu Cikgu Fauziah bersoal jawab dengan murid-muridnya berkenaan dengan di manakah pusat pentadbiran Negara cina semasa pemerintahan dinasti Manchu.

“Fakrul cuba kamu jawab soalan saya.” Ujar cikgu Fauziah dengan suara yang tegas.

Fakrul tersentak dan terkejut. Dia bangun dengan selamba dia menjawab;

“Peking cikgu.”

“Beul jawapan kamu.” Balas cikgu Fauziah. dia menyambung lagi.

“Tngok, saya nampak tadi dia tidur. Sebab itulah saya Tanya dia. Saya nampak tadi dia tidur tersengguh-senguh sampai ke pusat.” Semua murid ketawa.

“Tapi dia boleh jawab dengan betul. Orang yang tidur pun boleh jawab soalan dengan betul. Mengapa kamu semua tidak boleh?” murid-murid semua terdiam. Fakrul terasa mslu dengan kata-kata cikgu fauziah. Tetapi bangga kerana berjaya menjawab soalan tersebut walaupun dia mengantuk.

No comments:

Post a Comment