Thursday, September 17, 2009

Kisah Bermain Mercun di Sekolah

Bermain mercun di sekolah.

Petang ahad itu, Fakrul dan Azmi keluar ke kedai berdekatan dengan sekolah menengah pendidikan khas setapak untuk membeli juadah berbuka puasa. Sememangnya semua pelajar dibenarkan keluar ke kedai berdekatan sekolah untuk membeli juadah berbuka puasa dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Jadi kesempatan seumpama ini diambil oleh kebanyakan dari pelajar untuk membeli juadah berpuka puasa walaupun pihak sekolah menyediakan makanan untuk mereka.

“Mi, jum kita pergi ke kedai runcit Mamak di seberang jalan.” Ajak Fakrul.

“Engkau hendak buat apa pergi ke sana? Jauhlah. Balas Azmi enggan.

“Di situ ada jual mercun. Aku teringin hendak bermain mercunlah.” Jelas Fakrul menyampaikan hasratnya.

“Engkau hendak bermain mercun! Aku tidak beranilah. Kalau cikgu tahu nahas kita.” Balas Azmi enggan.

“Ah! Pandai-pandailah. Penakutlah engkau Mi.” balas Fakrul dengan nada mengejek.

“Oi kawan mulut jaga sedikit. Engkau fikir aku ini penakutkah. Silaplah. Baiklah mari kita pergi sekarang.” Sahut Azmi bersungguh-sungguh. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Fakrul. Mereka pun berjalanlah menggunakan tongkat bersama-sama. Sampai di kedai runcit tersebut mereka disapa oleh pekerja di kedai runcit itu.

“Adik mahu beli apa?” soalnya ringkas.

“Abang, saya mahu beli mercun.” Balas Fakrul dengan selamba.

“Mahu beli mercun apa?” soal pekerja itu ingin tahu.

“Abang boleh tunjukkan kepada saya mercun apa yang ada?” pinta Azmi.

Pekerja itu membawa Azmi dan Fakrul ke tempat mercun diletakkan.

“Ini mercun katak, ini mercun roket, ini mercun telur, ini mercun lidi, ini mercun padi.” Pekerja memberitahu mereka sambil menunjukkan kepada mereka dengan memberi peluang kepada mereka menyentuh dan memegang mercun-mercun tersebut.

“Aku rasa hendak membeli mercun lidi dan mercun kataklah.” Sahut Fakrul memberi cadangan.

“Baiklah aku setuju. Tetapi engkau bayarlah ya.” Azmi bersetuju.

“Boleh tidak ada masalah.” Balas Fakrul.

Setelah membayar harga mercun tersebut. Dia menyimpan mercun itu di dalam bajunya. Dia takut kalau sesiapa ternampak dia membeli mercun. Sampai saja di sekolah dia terus menyampan mercun itu di bawah longgokkan kain bajunya di dalam almari.

“Bila kita hendak memula operasi?” tanya Azmi kepada Fakrul.

“Malam ini sewaktu pelajar-pelajar bersemgahyang tarawih.” Balas Fakrul.

Mereka tidak sabar lagi untuk meletupkan mercun yang mereka beli petang tadi.

“Marilah kita pergi bermain mercun di belakang bangunan baru.” Ajak Fakrul.

“Aku berharap tidak ada siapa yang nampak kita bermain mercun.” Balas Azmi.

“Mercun mana yang hendak kita letupkan dahulu?” soal Fakrul.

“Aku rasa mercun kataklah aku suka dengar bunyi letupannya yang berdas-das itu.” Balas Azmi.

“Nah, engkau ambil satu. Mari kita letupkan serentak.” Ajak Fakrul sambil menghulurkan sepapan mercun katak kepada Azmi.

Mereka pun membakar sumbu mercun menggunakan pemetik api. Apabila mereka meneengar bunyi sumbu terbakar, cepat-cepat mereka membaling mercun itu ke lantai.

“Kita berjaya! Kita berjaya!” jerit Azmi dan Fakrul serentak dengan suara yang girang sekali.

“Sekarang mari kita bakar mercun lidi pula.” Ajak Fakrul. Sambil menghulurkan sebatang mercun lidi kepada Azmi. Mereka mencacakkan mercun tersebut di atas tanah lalu membakarnya. Apabila terdengar bunyi sumbu terbakar, mereka cepat-cepat menjauhkan diri dari mercun tersebut. Mercun itu terbang dan meletup.

“Wah, hebatlah mercun ini. Dia terbang tinggi dan meletup.” Jerit Fakrul kegembiraan.

Mereka membakar mercun yang ada satu demi satu sehingga habis. Nasib baik tidak ada guru atau kakitangan asrama yang menyaksikan perbuatan mereka.

Thursday, September 3, 2009

Ditangkap guru kerana ponteng kelas malam

Ditangkap guru waden kerana ponteng kelas malam.
“Amir! Engkau tidak pergi ke kelas malamkah hari ini?” sapa Hamid apabila terlanggar Amir yang sedang berdiri di katilnya.

“Aku rasa malaslah hendak pergi hari ini aku rasa letih sangat. Lagi pun aku bosanlah tidak semangat langsung hendak belajar hari ini.”

“Yalah aku pun sama seperti engkau.” Sampuk Taufik selamba.

“Eh engkau pun ponteng juga kelas malam hari ini Taufik?” ujar Amir terkejut.

“Aku harap kamu berdua tidak membuat bising. Sekarang ini guru warden mungkin tengah buat rondaan.” Nasihat Taufik kepada dua rakannya.

Amir berdegil. Dia mundar-mandir di luar asrama.

“Siapa yang masih berlegar-legar di atas asrama itu? Turun pergi ke kelas. Jangan cuba hendak ponteng kelas malam.” Jerit cikgu Zakiah dari bawah. Dia merupakan guru warden yang bertugas pada hari itu.

Amir pun cepat-cepat memasuki asrama supaya tidak dilihat oleh cikgu Zakiah. “oi turun! Turun! Jangandegil.” Jerit cikgu Zakiah dengan suara yang lantang.

“Bodohlah engkau Amir. Aku sudah nasihatkan engkau bahawa guru warden sedang membuat rondaan. Engkau tengok apa sudah jadi?” marah Hamid kepada Amir.

“Aku panaslah sebab itulah aku keluar dari asrama. Aku fikir Cikgu Zakiah tidak akan dapat melihat aku sebab lampu semua sudah ditutup.” Terang Amir mempertahankan dirinya. Amir seorang pelajar buta yang nampak sedikit hanya baying-bayang. Dia masih nampak cahaya lampu. Dia masih dapat membezakan siang dan malam.

“Jadi, kita hendak turun atau tidak?” bisik Amir kepada rakan-rakannya.

“Akutidak mahu turun.” Balas Hamid.

“Aku pun tidak mahu turun. Cikgu Zakiah tidak nampak aku dan Hamid. Dia nampak engkau seorang sahaja. Baik engkau turun.” Balas Taufikengan.

“Ah! Aku pun tidak mahu turun. Aku rasa Cikgu Zakiah tidak kenal muka aku.” Balas Amir membantah.

“Sekarang siapa yang berada di atas asrama turun. Kalau tidak cikgu akan naik mencari kamu.” Perintah Cikgu Zakiah dengan nada suara marah.

“Turun sekarang. Kalau tidak saya naik ke atas.

“Baiklah kalau kamu tidak mahu turun saya naik sekerang.” Tambah Cikgu Zakiah lagi sambil menaiki tangga asrama.

“Mari kita cepat-cepat menyorok dalam almari. Perintah Taufik kepada rakan-rakannya.

Mereka semua masuk ke dalam almari masing-masing dan menutup pintu. Tetapi malangnya Amir tidak sempat untuk berbuat demikian.

“Oh kamu ya Amir ponteng kelas malam.” Jerkah Cikgu Zakiah.

“Maafkan saya cikgu.” Balas Amir tergagap-gagap.

“Siapa lagi kawan-kawan kamu yang ponteng kelas malam ini?” soal cikgu zakiah.

Amir mendiamkan diri.

Taufik terdengar bunyi tapak kaki menuju ke almari tempat dia menyorok. Tiba-tiba pintu almari itu terbuka. Taufik melompat keluar dan cepat-cepat mengambil seliparnya berlari keluar dari asrama untuk pergi ke kelas.

“Oh, kamu Taufik bersembunyi di dalam almari. Mengapa kamu semua malas sangat hendak pergi kelas malam. Pemalas! Kalau kamu bodoh jangan salahkan cikgu”. Kita sudah beri peluang kepada kamu untuk belajar kamu tidak manfaatkan. Leter cikgu Zakiah dengan marah.

“Apa lagi kamu Amir pergi kelas sekarang.” Perintah cikgu Zakiah kepada Amir yang berdiri kaku di hadapannya. Pada waktu itu Taufik sudah menuruni tangga asrama dan cepat-cepat pergi ke kelas.

“Celaka betul Amir!” maki Taufik setelah sampai di kelas.

“Kenapa Taufik?” tanya Maznor kehairanan.

“Tadi aku ponteng kelas malam. Bila cikgu Zakiah buat rondaan dia ternampak Amir di atas asrama. Dia pun naik atas. Aku dan Hamid menyorok dalam almari. Amir tidak sempat. Dia sudah kena tangkap dengan cikgu, dia pula buka almari tempat aku menyorok.” Jelas Taufik meradang.

“Siapa suruh kamu ponteng kelas malam. Padan muka kamu. Tidak payah salahkan orang lain salahkan diri kamu sendiri.” Tiba-tiba cikgu Zakiah bersuara marah.

Taufik terkejut. Dia menuju ke tempat duduknya dengan perasaan malu dan meradang kepada Amir. Semetara itu, Hamid terlepas kerana cikgu Zakiah tidak tahu dia ponteng kelas dan menyorok di dalam almari.